Jumaat, 27 Julai 2012

RAMADHAN : TARBIYAH DIRECT DARIPADA ALLAH




Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana telah menyampaikan aku kepada bulan Ramadhan. Allahumma  bariklana fi syahri ramadhan, wa ballighna ila lailatul qadr.

Saban tahun bulan ramadhan datang menjelma, ada yang diberi peluang mengecapinya untuk ke sekian kalinya. Ada yang tidak diberi peluang oleh Allah untuk beribadah di dalamnya. Dan kepada yang diberi peluang sekali lagi, natijahnya pasti berbeza-beza bergantung kepada individu itu sendiri, dan suasana yang membentuk individu tersebut.


Untuk diri ini, ramadhan kali ini disambut dalam suasana yang baru, yang tidak pernah terfikir olehku akan berada di bumi Gombak ini. Segala perancangan adalah milik Allah, tugas kita hanyalah berusaha dan berdoa. Moga Allah mempermudahkan segala urusan.
Pesta ramadhan disambut dengan meriah sekali, dengan siraman tazkirah dan taujihat daripada para asatizah. Tidak kurang juga dengan suasana sekeliling, rata-rata (terutamanya foreigner) benar-benar menghidupkan bulan yang mulia ini dengan membaca dan mentdabbur al-Quran, solat sunat, berzikir, bersedekah dan sebagainya.



Kalam-kalam taujihat daripada seorang ustaz selingan selepas 4 rakaat terawih sangat menyentuh jiwa seorang hamba yang mendamba cintaNya.


Pada waktu ramadhan, kita mendapat tarbiyah direct daripada Allah. Perasan atau tidak, pada bulan ni seolah-olah ada 1 tenaga luar biasa, dan 1 kekuatan yang Allah beri hanya kepada hamba-hambaNya. Bunyi sahaja azan di surau, terasa nak pergi solat berjemaah di masjid. Selalu ingat masjid, subuh, Isya’, terawih, cepat-cepat bersiap untuk ke masjid.


عن سفيانَ بن عبد اللّه رضي اللّه عنه قال: قلت:
يا رسول اللّه! قل لي في الإِسلام قولاً لا أسألُ عنه أحداً غيرك، قال:
قُلْ آمَنْتُ باللَّهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ

Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan; ‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.; Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah’.
(Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)




Tinggal sahaja lagi, perlu ISTIQAMAH


Nak istiqamah ni memang susah, tapi tak mustahil.
Tarbiyah di universiti ramadhan ni perlu dijadikan 1 medan latihan untuk kita istiqamah dalam membuat kebaikan. Manfaatkan sebaik mungkin ramadhan, optimumkan amalan dan cuba untuk ISTIQAMAH dari malam pertama ramadhan sehinggalah malam yang ke-30.



  • Ada orang yang gagal untuk Istiqamah, tak sempat habis bulan ramadhan lagi dah mula membuat kemungkaran.   
  • Ada pula yang mampu untuk istiqamah di bulan Ramadhan, tp gagal selepas berlalunya bulan Ramadhan.



Bulan Ramadhan. Terasa rajin untuk membaca Al-quran dan khatam sehingga dua tiga kali. Nak kata ustaz-ustaz suruh baca Al-quran di bulan ramadhan, bulan lain pun mereka suruh juga. Pesanan untuk Taqwa, tiap-tiap Jumaat pun khatib menyeru supaya bertaqwa. Berkali-kali ustaz memberi pesanan. Tapi kenapa di bulan ramadhan ni kita senang je untuk melaksanakan ketaatan?


Awwaluhu rahmah (di awalnya rahmah-kasih sayang Allah)
Ausatuhu maghfirah (pertengahannya keampunan)
Aakhiruhu ‘itqun minal nar (akhirnya dibebaskan daripada api neraka)


Kekuatan untuk melaksanakan ketaatan Allah dah beri, Cuma perlu ISTIQAMAH atas kekuatan yang Allah anugerahkan dalam melaksanakan ibadah dan ketaatan. Wallahua'lam.





2 ulasan:

  1. salam aten. how's ramadhan? moga bertambah amal dan meningkat iman. ameen~ lepas ni sambung belajar ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam jnah heaven, si blogger tegar..he2.
      malu rsa lma x update..=)
      ni pn tgk jrg2..
      alhamdulillah, to date rmadhan is great..tggal kita je nk manfaatknnya sbaik mgkin..
      IAllah nk smbung, tp xsure lg sma ad kt uia juga @ U lain..doakan..
      janah nk smbung ke, kt mna?

      Padam