Khamis, 26 Mac 2009

khusyuk dlm solat

Assalamualikum wbt. Semalam sy dgr rakaman kuliah drpd tok guru Nik Abdul Aziz, yg diberikan oleh sahabat sy Madihah sewaktu kami berjumpa mggu lepas. Byk rakaman suara kuliah2 tok guru, yg mgkin diambil oleh sseorang yg mencintai ilmu. Alhamdulillah, byk input dpt. Tp baru dgr satu kuliah je, yg mana ada lagi sambungan keduanya..Tajuk kuliah kali ini ialah khusyuk dlm solat.

Imam Ghazali ajar spy kita tau apa yg kita baca. Makna ta’awuz(a’uzubillahi minassyaitoni rrajim).


-Ketika solat, syaitan mmg akn selalu ganggu kita..antara cara syaitan ganggu kita ialah dia berusaha spy kita igt kt akhirt, padahal xde kaitan dgn yg kita baca..x kena tempat. Bkn igt kt bnda dunia je. Kdg2, dia suh kita igt nk wt apa mlm ni, nk bertasbih, tahlil, smbhyg sunat dll. Dia nk suh kita x fhm apa yg kita baca. Yg sepatutnya kita igt ialah setiap patah perkataan yg kita baca. Sbrg perkara yg boleh mengganggu kita dari memahami mkna2 bacaan dlm solat, maka gangguan itu namanya was2.


-Olh krn was2 ni bhya, maka Allah membuat penyudah surah dlm Al-Quran ialh yg ada kaitan dgn was2 (iaitu dlm surah an-naaas)..


-tujuan baca ayat al-Quran atau doa ialah makna..maka bacalah apapun, klu kita x fhm mksud, maka x akn m’beri sdkt pun faedah kpd kita. Mcm mana nk ajar hati, bntuk peribadi muslim klu kita x faham apa yg kita baca dn lakukan. Cth, klu kita lihat, sebab tu Abu Jahal, Abu Talib x mengucap 2 kalimah syahadah. Padahal blh je dia menyatakn syahadah sbb mrk org Arab. Sbbnya, mrk tahu, klu wt mcm tu, blh menghapuskan sgala kepercayaan dn amalan mrk dri dulu..sperti Imam Ghazali ckp; klu kita memperkatakan apa yg kita x reti@ x fhm, maka gerakan lidah tu x de tujuan sedikit pun.


- dlm Ihya’ Ulumuddin, Imam Ghazali mengatakan bhwa cara membaca ada 3:

1- lidah je baca tp hati xtau apa2..

2- lidah dulu bergerak lps tu hati turut apa yg diperkatakn olh lidah. Mcm kita dgr apa yg lidah org lain kata, lps tu baru faham. Taraf bacaan sprt ini sma sprti dgr org lain baca..

3- org yg hati dlu baca, lps tu bru guna lidah utk ckap apa yg ada dlm hati dia. Ni adlah peringkt pembacaan yg plg tinggi..


-ada byk perbezaan ,lidah menjadi juru bhasa kpd hati(ni yg kita nak), dn hati menjadi juru bhsa bg lidah.


-bila kita baca basmalah, maka perkara pertama ialh niat, utk dpt keberkataan dr permulaan amal kita.

Baca dgn penuh adab..ta’ayuz dulu,lps tu basmalah. Nk berlindung drpd gangguan syaitan, dan nk dpt keberkatan..klu x, amaln dan perbuatan kita xde keberkatan, sama je dgn amaln org kafir.


Alhamdulillah pula -sambungan drpd bismillah..apbla smua perkara dtg drpd Allah, maka tidak pelik berlakunya (alhamdulillah) sgala puji bagi Allah.


Sgla nikmat,atau apa2 je yg dtg drpd manusia, sbnrnya drpada Allah..Org2 ini hanyalah sbgai alat utk menyampaikan. Cth;posmen yg hntar surat kpd kita..bodahlah kita klu igt posmen yg tulis surat tu, pdahal surat tu ditulis oleh ank kita atau mak ayah kita. Posmen tu hanya sbgai alat atau perantaraan utk menyampaikan ssuatu..


Apa yg dpt sy simpulkan di sini, apa2 perkara pun, terutama solat, mesti tau hakikat apa yg sdg kita lakukan. Tau maksud ayat, bacaan dll. Klu tak, sia2lah amalan kita..

Selasa, 17 Mac 2009

Buktikan Umat Islam Hebat

Alhamdulillah, syukur kpd Allah krn telah memberikan salah satu nikmat drpd nikmat2Nya kpd kita..dan tlh menganugerahkan nikmat kejayaan cemerlang kpd adik nik nur madihah. Tahniah kpd madihah, smg Allah merberkati usahamu. Kejayaan yg tlh diukir oleh madihah ni menyebabkan rsa rindu dn syg kt mmp makin membuak-buak..Tiba2 je rsa mcm rugi sgt x menggunakn sepenuh masa dn peluang berada d mmp sebaik mgkn, utk tuntut ilmu dgn ustaz ustazah dll. Daku amat merindui suasana d mmp dlu..:-(

Sdkit respon dr kjayaan madihah..Tahniah madihah krn telah membuktikan umat Islam ni hebat dn kuat. Sy percaya rmai d kalangan kita yg semakin bersemangat utk terus menuntut ilmu, dn mengoptimumkan penggunaan akal yg telah diberikn oleh Allah..klau tgk ulama'2 dn tokoh2 Islam dlu pn, mereka mengkaji byk bidang ilmu, sma ada dlm bidang sains, sastera dll. Semua ilmu dtg drpd Allah..Dn ilmu itu tidak akn masuk ke dlm hati org2 yg berbuat maksiat, sbb ilmu itu cahaya..

Resipi kejayaan Madihah dapat 20A


=Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu=

KETIKA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Wartawan Utusan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, HAFIZ JOHARI menemui Nik Nur Madihah di rumah keluarganya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengetahui rahsia kejayaannya.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?

NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.

Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.

Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?

Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.

Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?

Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.

Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.

Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?

Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?

Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.

Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?

Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?

Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?

Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?

Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

sumber: dari utusan malaysia

Khamis, 12 Mac 2009

DETIK-DETIK SAKARATUL MAUT RASULULLAH SAW




Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.


Rasulullah dengan suara lemah memberikan khutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.
“Siapakah itu wahai anakku?”“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah.
Fatimah menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya.


“Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi. “Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan.
Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh.

Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Jibril pun memalingkan muka.
“Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling.
Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


“Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Ya Rasulullah Ya Habibullah…
Dikaulah insan yang sempurna..
Insan yang sabar..

Ya Rasulullah..
Engkau kekasih Allah..
Engkau tinggalkan Al-Quran dan As-sunnah..
Buat ummatmu..

Ya Rasul ..
Maafkanlah daku krn seringkali melupakannmu...
Ya Rasulullah..
Ku amat merinduimu wlaupun kita x prnh bersua.
Wlau ku tahu ku insan yg byk melakukan dosa..
Ku insan yg lupa..

Ya Rasulullah..
Ku pohon pd Ilahi mga pd hari perhitungan kelak..
ku bisa mendpt syafaatmu..
Ameen...