Selasa, 20 Oktober 2009

ANTARA DUA

Antara dua perkara yang sangat penting
Yang mana aku pilih dulu?
Ya Allah, terlalu banyak Kau uji aku dengan pilihan
Aku amat takut dengan pilihan
Sebab aku tak pandai pilih antara dua

Yang mana lebih utama?
Yang mana lebih banyak memberi kemudaratan
berbanding kebaikan?
Yang mana pula lebih banyak memberi kebaikan
berbanding keburukan?
Tapi, apabila ditimbang
Dibanding-bandingkan antara dua
Masih ku ragu-ragu dan keliru
Terutama apabila bertembung tanggungjawab
Dengan tanggungjawab yang lain

Lantas, ku membuat keputusan berdasarkan kata hati
Yang mana memberi lebih ketenangan kepadaku
Walaupun masih ada rasa bersalah
Kerna tidak memilih yang satu lagi

Ya Allah, petunjukMu amat kuperlukan
Aku tak mahu menyusahkan ramai orang
Aku tak mahu rugi
Bukan sahaja rugi di dunia malahan di akhirat kelak

POKOK TARBIAH

Hidup ni sunyi dan tidak bermakna tanpa tarbiah. Tarbiah adalah sesuatu yang subjektif, tidak dapat dimengertikan tanpa penjelasan yang jelas. Proses tarbiah umpama sebatang pokok. Pernah tak anda semua memanjat pokok? Untuk sampai ke puncak, kita mestilah melalui ‘step-step’ tertentu, tidak boleh terus melompat ke atas. Kalau kita terus melompat ke atas, maka kebarangkalian untuk dapat “bad consequences” tu tinggi. Apa yang kita akan dapat bila berada di atas, iaitu di puncak pokok? Banyak perkara yang kita dapat, kita dapat lihat ramai orang, apa yang mereka buat, dan macam-macam lagi sama ada jauh atau dekat.



Jadi, konsep ni sama dengan proses tarbiah, di mana kita kena lalui step2 tertentu. Bermula dari bawah ke atas. Itulah lumrah kehidupan. Dan apabila kita berada di atas (peringkat tarbiah yang tinggi), banyak perkara yang kita akan nampak dan faham. Mungkin semasa di bawah kita tidak perasan bahawa adanya seekor harimau yang sedang menghala kearah kita untuk dijadikan mangsa. Tetapi, apabila berada di atas pandangan kita lebih luas, kita akan lebih jelas, lebih terpandu.


Untuk sampai ke atas bukan sesuatu yang senang, mudah dan cepat macam bas ekspress. Banyak perkara yang perlu dilakukan, banyak perkara yang perlu dikorbankan, dan banyak kesakitan yang perlu dilalui.



Atau kita ni memang tidak mahu berada di atas? Sedarlah kawan-kawan ku, adakah kita mahu berada di takuk yang sama setiap masa, sehingga sampainya waktu malaikat maut menjemput kita? InsyaAllah, apabila berada di peringkat tarbiah yang lebih tinggi, maka iman kita makin bertambah, jihad dan pengorbanan kita makin tinggi.

Sabtu, 17 Oktober 2009

ikhlas

Kenapa sesuatu yang kita buat, terlalu banyak halangan dan rintangan? Padahal bagi kita, itu adalah amalan atau perbuatan yang kita niatkan seikhlas mungkin, kerana Allah..Dan selalunya apabila kita buat benda baik, niat untuk tolong orang lain, untuk sebarkan dakwah, untuk memartabatkan agama Allah ke tempat yang paling tinggi, dan sebagainya, lagi banyak kita gagal, kecewa, sedih, putus asa, rasa ‘down’ dan macam2 lagi.

Bersabarlah, ingat perjuangan Rasulullah yang jauh lebih dahsyat dari kita. Ujian yang kadang2 kecil je, terasa besar dan membuatkan kita rendah diri dan terus malas untuk berjuang, membuat gerak kerja Islam.

Firman Allah, dlm surah al-ankabut yang bermaksud;

2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

3. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Kalau kita hayati betul2 ayat ni, tenanglah hati. Secara lisannya, kita kata kita beriman. Tapi setakat mana? Mana bukti2 yang menunjukkan kita betul2 beriman?

Tepuk dada, tanya iman masing2.

Menurut buku 20 sifat hati oleh Ustaz Nik Abdul Kadir Nik Muhammad, Ikhlas ada 3 peringkat:

  1. Seseorang hamba mengerjakan taat kerana semata-mata menjunjung perintah Allah (ini yang paling tinggi).
  2. Mengerjakan ketaatan kerana menuntut pahala dan menyelamatkan diri dari seksa (ini yang pertengahan).
  3. Mengerjakan ketaatan supaya Allah memuliakannya di dunia atau supaya selamat dari kebinasaan di dunia (ini yang paling rendah).

Kata Imam Ghazali: Bagi ikhlas, ada asal, hakikat dan kesempurnaan,

Asalnya adalah niat ( menghendaki keredhaan Allah ).

Hakikatnya ialah membersihkan niat dari apa2 campuran

Kesempurnaanya ialah benar.

Benar pula ada 6 peringkat:

- benar pada perkataan dan kelakuan

- benar pada niat

- benar pada cita2

- benar pada menyempurnakan cita2 itu

- benar pd segala pekerjaan, kelakuan zahir serupa dengan apa yang ada dalam hati

- benar pada segala amal batin, sperti sabar, syukur dll.