Rabu, 16 Disember 2009

wanita cantik

wanita cantik menurut Allah adalah:

~ melukis kekuatan melalui masalahnya
~ tersenyum di saat tertekan
~ tertawa di saat hati sedang menangis
~ tabah di saat terhina
~ mempesona kerana memaafkan
~ mengasihi tanpa meminta balas
~ bertambah kuat dalam doa dan pengharapan ilahi

Wanita atau perempuan, lebih spesifik lagi, muslimah adalah satu anugerah Allah yang unik..Nak mencapai tahap muslimah solehah bukan sesuatu yang senang, bukan juga sesuatu yang mustahil. Teringat serikandi-serikandi islam, muslimah-muslimah pada zaman Rasulullah. Betapa hebatnya iman dan ketaqwaan mereka, di saat ujian yang datang menggunung..subhanallah!! Seringkali terfikir, layakkah aku jadi seperti Rabiatul Adawiyah, yang mewakafkan hidupnya hanya untuk Allah. Kalau tak dapat jadi batul-betul macam beliau, sikit-sikit pun jadilah. Tapi,wallahua'lam. Hanya dengan izin Allah, mujahadah menggunung, dan keikhlasan yg tulus memungkinkan semua itu..

Isnin, 9 November 2009

taufiq, hidayah, wala', taat, redha dan sabar

Sedikit perkongsian dari sahabat saya, siti hajar suhaimi.



TAUFIQ DAN HIDAYAH



Petunjuk kepada kebaikan dan kebenaran. Tapi apabila seseorang mendapat hidayah, dia hanya mengetahui tentang sesuatu tanpa melakukannya. Jika seseorang itu mendapat taufiq, dia mengetahui tentang kebaikan tersebut dan terus melakukannya. Hidayah ibarat cahaya, taufiq ibarat jalan..menuju kebenaran.



WALA' DAN TAAT



Kedua-duanya membawa maksud patuh kepada perintah. Cuma, wala' hanya untuk pemimpin. Patuh pada arahan pemimpin selagi tidak melanggar syariat, susah atau senang, rela mahupun paksa, suka atau tidak. Taat, lebih sinonim untuk yang hampir dengan kita. Selepas dilahirkan, kita dah ada amanah untuk taat...Taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapa.

REDHA DAN SABAR


Kedua-duanya berkait dengan hati. Redha- seseorang yang betul-betul redha rasa tenang dengan apa yang berlaku, redha tidak boleh dirasai dengan sekadar menutur dengan lisan, tapi dengan hati yang tulus pasrah. Sabar- juga berkait dengan hati, tapi bersabar sahaja tidak memungkinkan seseorang itu benar-benar tenang. Rasa pedih terhadap apa yang berlaku tetap ada, cuma disabarkan oleh diri..

Selasa, 20 Oktober 2009

ANTARA DUA

Antara dua perkara yang sangat penting
Yang mana aku pilih dulu?
Ya Allah, terlalu banyak Kau uji aku dengan pilihan
Aku amat takut dengan pilihan
Sebab aku tak pandai pilih antara dua

Yang mana lebih utama?
Yang mana lebih banyak memberi kemudaratan
berbanding kebaikan?
Yang mana pula lebih banyak memberi kebaikan
berbanding keburukan?
Tapi, apabila ditimbang
Dibanding-bandingkan antara dua
Masih ku ragu-ragu dan keliru
Terutama apabila bertembung tanggungjawab
Dengan tanggungjawab yang lain

Lantas, ku membuat keputusan berdasarkan kata hati
Yang mana memberi lebih ketenangan kepadaku
Walaupun masih ada rasa bersalah
Kerna tidak memilih yang satu lagi

Ya Allah, petunjukMu amat kuperlukan
Aku tak mahu menyusahkan ramai orang
Aku tak mahu rugi
Bukan sahaja rugi di dunia malahan di akhirat kelak

POKOK TARBIAH

Hidup ni sunyi dan tidak bermakna tanpa tarbiah. Tarbiah adalah sesuatu yang subjektif, tidak dapat dimengertikan tanpa penjelasan yang jelas. Proses tarbiah umpama sebatang pokok. Pernah tak anda semua memanjat pokok? Untuk sampai ke puncak, kita mestilah melalui ‘step-step’ tertentu, tidak boleh terus melompat ke atas. Kalau kita terus melompat ke atas, maka kebarangkalian untuk dapat “bad consequences” tu tinggi. Apa yang kita akan dapat bila berada di atas, iaitu di puncak pokok? Banyak perkara yang kita dapat, kita dapat lihat ramai orang, apa yang mereka buat, dan macam-macam lagi sama ada jauh atau dekat.



Jadi, konsep ni sama dengan proses tarbiah, di mana kita kena lalui step2 tertentu. Bermula dari bawah ke atas. Itulah lumrah kehidupan. Dan apabila kita berada di atas (peringkat tarbiah yang tinggi), banyak perkara yang kita akan nampak dan faham. Mungkin semasa di bawah kita tidak perasan bahawa adanya seekor harimau yang sedang menghala kearah kita untuk dijadikan mangsa. Tetapi, apabila berada di atas pandangan kita lebih luas, kita akan lebih jelas, lebih terpandu.


Untuk sampai ke atas bukan sesuatu yang senang, mudah dan cepat macam bas ekspress. Banyak perkara yang perlu dilakukan, banyak perkara yang perlu dikorbankan, dan banyak kesakitan yang perlu dilalui.



Atau kita ni memang tidak mahu berada di atas? Sedarlah kawan-kawan ku, adakah kita mahu berada di takuk yang sama setiap masa, sehingga sampainya waktu malaikat maut menjemput kita? InsyaAllah, apabila berada di peringkat tarbiah yang lebih tinggi, maka iman kita makin bertambah, jihad dan pengorbanan kita makin tinggi.

Sabtu, 17 Oktober 2009

ikhlas

Kenapa sesuatu yang kita buat, terlalu banyak halangan dan rintangan? Padahal bagi kita, itu adalah amalan atau perbuatan yang kita niatkan seikhlas mungkin, kerana Allah..Dan selalunya apabila kita buat benda baik, niat untuk tolong orang lain, untuk sebarkan dakwah, untuk memartabatkan agama Allah ke tempat yang paling tinggi, dan sebagainya, lagi banyak kita gagal, kecewa, sedih, putus asa, rasa ‘down’ dan macam2 lagi.

Bersabarlah, ingat perjuangan Rasulullah yang jauh lebih dahsyat dari kita. Ujian yang kadang2 kecil je, terasa besar dan membuatkan kita rendah diri dan terus malas untuk berjuang, membuat gerak kerja Islam.

Firman Allah, dlm surah al-ankabut yang bermaksud;

2. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

3. Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

Kalau kita hayati betul2 ayat ni, tenanglah hati. Secara lisannya, kita kata kita beriman. Tapi setakat mana? Mana bukti2 yang menunjukkan kita betul2 beriman?

Tepuk dada, tanya iman masing2.

Menurut buku 20 sifat hati oleh Ustaz Nik Abdul Kadir Nik Muhammad, Ikhlas ada 3 peringkat:

  1. Seseorang hamba mengerjakan taat kerana semata-mata menjunjung perintah Allah (ini yang paling tinggi).
  2. Mengerjakan ketaatan kerana menuntut pahala dan menyelamatkan diri dari seksa (ini yang pertengahan).
  3. Mengerjakan ketaatan supaya Allah memuliakannya di dunia atau supaya selamat dari kebinasaan di dunia (ini yang paling rendah).

Kata Imam Ghazali: Bagi ikhlas, ada asal, hakikat dan kesempurnaan,

Asalnya adalah niat ( menghendaki keredhaan Allah ).

Hakikatnya ialah membersihkan niat dari apa2 campuran

Kesempurnaanya ialah benar.

Benar pula ada 6 peringkat:

- benar pada perkataan dan kelakuan

- benar pada niat

- benar pada cita2

- benar pada menyempurnakan cita2 itu

- benar pd segala pekerjaan, kelakuan zahir serupa dengan apa yang ada dalam hati

- benar pada segala amal batin, sperti sabar, syukur dll.

Jumaat, 18 September 2009

hari-hari yang berlalu...:-)

hari-hari yang berlalu..
penuh erti
pelbagai hikmah tersurat dan tersirat
betapa ku hargai hidup ini
terima kasih Ya Allah

Ramadhan yang kian berlalu..
kedatanganmu disambut..
pemergianmu di tangisi...

terasa gerun berpaling ke belakang
bagai ingin mengundur kembali
hanya doa yang mampu ku ungkapkan
moga bertemu lagi ramadhan akan datang..

seinfiniti kemaafan
dari diri yang dhaif lagi kerdil ini
harap sahabat2 maafkan
andai ada salah silap
dari lidah, hati dan perbuatan..

Selasa, 4 Ogos 2009

Halawatul Iman


"Nikmat paling manis apabila ALLAH TAALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."

UKHUWAH........ Terlalu indah diungkapkan dan terlalu manis pabila dihiasi dengan kasih sayang kejujuran dan keikhlasan... Ukhuwah... Tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwah tersebut... kekadang..kerana sebuah ukhuwah,air mata sering menitis kerananya.. Ukhuwah... ukhuwah itu terlalu bererti buatku YA ALLAH...... Rahmatilah dan redhailah ukhuwah kami...

Coretan ini kutujukan khas buat insan yang bergelar sahabat-teman-kawan-rakan.... sahabat.. coretan ini dari hati yang ingin mengerti..untuk harga sebuah ukhuwah yang sering tidak diambil peduli.. sahabat... ukhuwah persis untaian tasbih..ada awal dan akhirnya..dicantum kerana-NYA..diratib juga kerana-NYA.

Ukhuwah itu terlalu indahkan?? Titik pertemuan ukhuwah yang sebenarnya adalah semuanya kerana RABBUL IZZATI.. sahabat.. Demi ALLAH,saya menyayangi kamu semua.. bukankah mengasihi temannya lebih dari diri sendiri dan hanya kerana ILAHI INSYAALLAH akan beroleh halawatul iman juga... sahabat....

sabda Rasullulah S.A.w.."umatku masuk syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim.."

Tidak rugikan andai kita bersahabat ukhuwah fillah kerana ALLAH.. Mengertikah kamu tentang erti menyayangi?? Erti menyayangi diri itu menyayanginya dari seksa ALLAH dengan meninggalkan maksiat serta bertaubat disamping taat dan ikhlas,manakala erti menyayangi orang lain pula adalah tidak menyakiti seorang muslim..

sahabat.. Bila berbicara tentang ukhuwah,kasih cinta dan sayang.. kita sering mempersoalkan apakah makna disebalik perkataan tersebut dan pentingnya dalam kehidupan kita.Dan semua perkataan tersebut dimajmukkan dalam UKHUWAH.. Ukhuwah merupakan satu pemberian daripada ALLAH TAALA kepada hambaNYA yang ikhlas dan Auliya'nya yang suci dan bersih.

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. "sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.."(AL-HUJARAT:10)

sahabat... Nilaian ukhuwah sangat tinggi menyebabkan ianya tidak dapat dibeli dengan harta ataupun diwariskan. Ianya merupakan roh yang ALLAH hidupkan ke dalam hati orang-orang yang beriman bila-bila masa sahaja yang dikehendaki-NYA supaya mereka bersatu..

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah...
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan 'Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat...
.


Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah...perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

sahabat, ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang................. Sahabat... ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

ukhuwah dapat diselami apabila kita:

"sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib." (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

"hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu."

"memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa" "hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>"

"hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu"

"hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan." "memenuhi hak ukhuwah secara sempurna."


sahabat.... Saya mengasihimu kerana ALLAH dan ku pinta kasihiku kerana ALLAH juga. ku garapkan coretan ini khas buat yang bergelar sahabat.. yang mengenaliku sebagai sahabat teman kawan dan rakan...... Moga indah ukhuwah kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH TAALA RABBUL IZZATI YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG…..

Jumaat, 26 Jun 2009

berakhirnya short sem

Alhamdulillah..

Hari ni(khamis 25/6) dah habis final exm utk subject Aqidah, slps paper fiqh Ibadat wal munakahat semalam. Soalan ok, dpt jwb semua cuma tak tau betul ke salah..ye la, soalan objektif. Kiranya scra rasmi dah habis la short sem yg kami tempuh dri awal bulan 5 lagi. Rata2 sahabat2ku ceria pada hari ni, dgn wajah yang berseri-seri dan ada yg sangat excited terutamanya seha..Pgi td, sebelum msuk dewan lagi dia dah seronok sgt. Tp padan la, dia yang paling kuat study and struggle time exam.


Lepas je habis jawab, rasa sayu dan sedih plk. Lepas ni xde dah subjek aqidah dan ibadah. Tp subjek agama yang lain masih ada. Alhamdulillah, syukur sangat masuk usim, sbb kami khususnya dlm kos sains ni masih diberi peluang untuk mencedok ilmu2 agama yg sebelum ni perlu mencari sendiri..Kpd adik2 kat luar sana tu, apa tunggu lagi. Cepat2 la apply usim. InsyaAllah tak menyesal.:)


Berbalik pd Aqidah td. Bila ada soalan yang konfius dan tak dapat jawab, tiba2 rasa macam berdoasa dan sedih sangat. Ya Allah, ni soalan berkaitan aqidah, berkaitan I’tiqad dan pegangan aku! Adakah dgn kurangnya pengetahuan dan ilmu aku mengenai ilmu aqidah, bermakna aqidah aku goyah, tak mantap? Nauzubillah, moga Allah jauhkan. Sebenarnya, mmg banyak lagi ilmu yang kita tak tahu. Lagi banyak belajar lagi banyak yang kita tak tau. Jadi, kena selalu tuntut ilmu, khususnya ilmu2 berkaitan aqidah. Sebab ni penting, asas dan tunjang dlm kehidupan kita. Kalau dlm bab aqidah tak settle lagi, mcm mane kita nk berdakwah, berjuang menegakkan agamaNya?? Ilmu2 lain penting juga, pandai2 lah kita seimbangkan. Pesanan buat diri sendiri terutamanya..

Khamis, 18 Jun 2009

WAKTU ITU IALAH KEHIDUPAN


Teringat seorang kakak senior pernah berkata,” fatin, kalau kita tak dengar tazkirah lebih dari 3 hari, hati kita akan mati”. Lantas, aku mengambil buku untuk sedikit pengisian untuk diri sendiri yang seringkali mudah alpa dan leka dengan kehidupan duniawi.

Buku Ayyuhal Walad, karangan Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali, yang dibeli di Malacca Central tahun lepas, diambil..




Wahai anakku yg tercinta,

Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw kepada umatnya ialah;


Maksudnya,


“ Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaitu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka”.


Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang berilmu.

Berulang-ulang kali aku membaca ayat yang paling bawah tu. Imam Ghazali mengatakan bahawa hadis ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang berilmu. Betulla sahabat2, bila dihayati betul2 hadis tersebut, ia mempunyai banyak pengertian, dan sangat penting dalam hidup kita. Kadang2, kita x sedar pun yang kita ni selalu buat perkara yang tak berfaedah. Tidur, berbual-bual kosong sampai termengumpat, jalan2 tanpa tujuan, tengok tv, main game dan mcm2 lagi. Padahal menurut hadis ni, seandainya 1 saat sahaja daripada umur kita telah digunakan bukan untuk tujuan hidup (iaitu beribadat kpd Allah), maka layaklah baginya panjang penyesalan di akhirat kelak..


Sama2 kita fikirkan. Semoga dapat memberi manfaat..


Telah ku mungkiri

Janjiku lagi

Walau seribu kali

Ku ulang sendiri

Aku takkan tempuh lagi

Apakah Kau terima

Cintaku lagi

Setelah ku berpaling

Dari pandanganMu

Yang kabur kerna jahilnya aku

Isnin, 27 April 2009

ZAINAB AL-GHAZALI

Daieyah Zainab al-Ghazali


Permata Dakwah Yang Berkilau Di Era Jatuhnya Islam


Zainab al-Ghazali

Kenalkah anda dgn Zainab Al-Ghazali?? Satu nama yg x asing lg sbg ikon dan idola bg daie2, terutama golongan Hawa..Apbl membaca kisah beliau, terasa semangat baru timbul, di kala diri ini terasa lemah..Betapa kuatnya semangt beliau, betapa tabah dn cekal menghadapi ranjau2 dlm kehidupan seorg pendkwah..Smg mendpt manfaat :)


Zaynab al-Ghazali bukanlah seperti wanita biasa. Seperti Aisha Abdul Rahman, beliau merupakan rakyat Mesir dan mempertahankan hak-hak wanita Islam berdasarkan apa yang diyakini beliau sebagai fahaman Islam yang betul. Beliau dilahirkan di Al-Bihira pada tahun 1917 di dalam keluarga yang terhormat, keturunan Umar al-Khattab dan al-Hasan bin Ali bin Abi Talib. Ayah beliau juga merupakan lulusan al-Azhar. Beliau lebih terkedepan sebagai pejuang dan aktivis Islam daripada seorang yang ulama’. Sewaktu mudanya, beliau aktif dalam pergerakan feminis, dan menyertai Kesatuan Wanita Mesir (Egyptian Feminist Union) yang diasaskan oleh Huda as-Syarawi pada tahun 1923. Beliau telah keluar daripada persatuan itu disebabkan tidak bersetuju dengan idea dan landasan perjuangan gerakan pembebasan wanita. Pada umur 18 tahun (1936), beliau mengasaskan Persatuan Wanita Islam untuk menguruskan hal-ehwal dan akitiviti-aktiviti wanita berlandaskan ajaran Islam dan tujuan ke arah Islam.


Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al-Banna pada 1928 mempunyai perancangan untuk mengasaskan sayap wanita di dalam pertubuhannya. Hasan al-Banna telah meminta beliau untuk mengetuai bahagian wanita dalam Ikhwan Muslimin. Beliau dan persatuannya menolak tawaran ini tetapi menyatakan persetujuan untuk memberikan kerjasama. Setelah Ikhwan Muslimin dibubarkan pada tahun 1948, Zaynab al-Ghazali telah berbaiah kepada Hasan al-Banna pada tahun 1949 untuk menyokongnya dan bersama memperjuangkan sebuah daulah Islam. Malangnya Hasan al-Banna telah gugur syahid tidak lama setelah itu.

Kesedihan hati Zaynab telah tercoret dalam bukunya yang masyhur, Hari-hari Dalam Hidupku. Beliau menyambung perjuangan dan mengotakan baiahnya kepada pemimpin Ikhwan Muslimin yang menggantikan Hasan al-Banna iaitu Hasan al-Hudhaibi. Beliau menyertai dan bersama dengan ahli Ikhwan Muslimin terutama apabila Ikhwan Muslimin diharamkan dan mereka terpaksa bergerak secara rahsia di bawah pemerintahan Jamal Abdul Naser sekitar tahun 1950-1960an.Dalam satu temuramah dirumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab al-Ghazali berkata:


Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya-kebebasan,hak ekonomi,hak politik,hak social, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian,Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”


Inilah intipati pemikiran Zainab al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, dimana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumah tangga Muslim yang sebenar. Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.


Zainab al-Ghazali meyakini bahawa Islam membenarkan wanita untuk bergiat aktif dalam hal sosial, memegang jawatan, memasuki politik dan juga memberi pendapat. Beliau percaya Islam membenarkan wanita memiliki harta, menguruskan perniagaan dan apa sahaja yang mereka mahu dalam perkhidmatan masyarakat Islam. Beliau berpendapat tugas utama wanita Muslimah ialah menjadi ibu dan isteri. Oleh itu, tiada tanggungjawab lain yang boleh mengatasi tanggungjawab ini. Jika wanita itu mempunyai masa luang untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan setelah tugasnya sebagai ibu dan isteri telah dipenuhi, maka dia boleh berbuat demikian kerana Islam tidak melarang perbuatan tersebut.


Zainab al-Ghazali sangat meyakini tanggungjawab agama dan sosial apabila berkahwin. Pada perkahwinan beliau yang pertama, suami beliau tidak bersetuju untuk membenarkan beliau bergiat aktif dalam perjuangan Islam. Dengan sebab itu, beliau telah meminta cerai daripada suaminya kerana pra-syarat yang diletakkan oleh beliau sebelum berkahwin adalah membenarkan beliau memperjuangkan Islam. Suami beliau yang kedua memahami semangat dan gagasan perjuangan beliau dan melibatkan diri dalam penulisan untuk menyokong beliau dan sama sekali tidak menghalang beliau dari perjuangan. Didalam buku ‘Hari-hari dalam Hidupku(Ayyam min Hayati) beliau mengisahkan bagaimana suami beliau walaupun sangat bimbang akan diri beliau tetapi terus menerus menyokong perjuangan suci beliau. Zainab al-Ghazali juga menekankan beliau tidak akan mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan keluarga beliau walaupun beliau Amirah sayap wanita Ikhwan Muslimin. Tanggungjawab beliau yang berat itu menyebabkan beliau perlu bekerja pada waktu yang panjang di pejabat beliau dan aktiviti bersama Ikhwan Muslimin.


Setelah kematian suaminya yang kedua, beliau masih di dalam penjara. Beliau merasakan tanggungjawabnya terhadap perkahwinan telah selesai dan beliau bebas untuk mengorbankan seluruh masanya untuk perjuangan Islam.


Sebagaimana pejuang-pejuang Islam yang lain, beliau juga kecewa dengan revolusi Mesir 1952 yang didokong mereka pada mulanya dan akhirnya pejuang Islam telah dikhianati oleh Jamal Abdul Naser. Zainab al-Ghazali menyatakan bahawa rejim Jamal Abdul Naser adalah musuh kepada Islam. Setelah beberapa tokoh Ikhwanul Muslimin ditangkap dan dihukum mati dan ramai dipenjara, beliau mendahului pergerakan untuk menolong isteri, janda dan keluarga pejuang yang telah dibunuh dan dipenjarakan. Walaupun dipenjara, beliau meningkatkan usaha tarbiyyah secara rahsia diketuai oleh pimpinan Ikhwan Muslimin. Dalam tahun 1962, beliau dapat berhubung dengan Sayyid Qutb melalui dua orang adik Sayyid Qutb dan menerima tulisan beliau berkenaan perjuangan Islam dan tafsir al-Quran dan hadith serta syariah Islam. Beliau juga menerima sebahagian dari buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb dalam penjara yang kemudian diterbitkan dengan judul Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan).


Tulisan dan petunjuk daripada Sayyid Qutb di dalam penjara dan juga ayat-ayat al-Quran akan dipelajari dalam satu kumpulan terdiri daripada lima hingga sepuluh pemuda yang berjumpa pada waktu malam di rumah Zainab ataupun tempat lain. Perbincangan, pandangan dan pendapat diutarakan di dalam pertemuan tersebut. Dengan persetujuan Sayyid Qutb dan pimpinan Ikhwan Muslimin, keputusan untuk menjalankan program tarbiyyah selama 13 tahun sepertimana zaman Rasulullah saw di era Mekah.


Apabila tempoh ini berakhir, maka studi dan kajian akan dibuat adakah sekurangnya 75% daripada rakyat Mesir sudah yakin dengan keperluan adanya daulah Islam dan membangunkannya. Jika ianya terjadi maka gerak kerja menubuhkan daulah Islam akan dilakukan dan jika belum lagi mencapai tahap tersebut, program pentarbiyahan akan dilakukan semula selama 13 tahun lagi sehingga sehingga rakyat bersedia untuk membina daulah Islam, menerima pakai undang-undang syariah Islam dan menegakkan hukum Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.


Apabila kerajaan Mesir berasa curiga dengan perkumpulan rahsia dan matlamat mereka ini, Ikhwan Muslimin diserbu pada tahun 1965. Ikhwah dan akhawat pergerakan Ikhwan Muslimin semuanya ditangkap dan dipenjarakan. Zainab al-Ghazali adalah salah seorang daripada mereka. Jemaah wanita Ikhwan Muslimin dibubarkan. Beliau dibicarakan bersama sahabiah yang lainnya pada tahun 1966 dan dihukum penjara seumur hidup dengan kerja berat. Satu hukuman yang tidak masuk akal bagi seorang wanita. Namun pada tahun 1971 beliau telah dibebaskan apabila kematian Jamal Abdul Nasir dan Anwar Sadat mengambil alih tampuk pemerintahan. Setelah itu, beliau terus sahaja meneruskan perjuangan beliau tanpa mengenal penat lelah dalam mendaulatkan Islam dibumi Mesir.


Beliau merupakan wanita yang terkemuka setelah jatuhnya khilafah Islamiah di Mesir. Beliau tidak mempunyai anak dan segalanya hidupnya diserahkan kepada perjuangan Islam. Beliau juga menjadi sanjungan dan pendorong kepada perjuangan wanita di seluruh dunia. Beliau dihormati oleh kawan dan lawan, malah disegani oleh tokoh-tokoh ulama’ kerana perjuangannya yang luar biasa.


Zainab al-Ghazali kembali ke rahmatullah pada hari Rabu 3 Ogos 2005 di kala umur beliau 88 tahun. Ternyata umur yang panjang yang dianugerahkan Allah pada beliau telah digunakan tanpa sia-sia sedikitpun, semuanya dikorbankan demi menegakkan agama Allah yang mulia. Beliau terus menjadi idola dakwah kepada pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia. Beliau juga menjadi bukti kukuh bahawa sebenarnya Islam mampu membina wanita yang berjuang untuk Islam. Sejarah hidup beliau persis hidup srikandi di teratak Rasulullah saw. Jadi tidaklah salah jika kita menggelarnya sebagai Ummul Mujahidah pada masa kini. Moga Allah mencucuri rahmat yang melimpah ruah kepada beliau dan menjadikan beliau di kalangan para siddiqin,amilin dan mujahidin.


Sabtu, 25 April 2009

dapat ank saudara baru:-)

Awatif sayang..masa ni baru 2 hari.


Alhamdulillah, hari ni adlh hari yg sgt gembira..
Td, lbh kurang pkul 1.00, dpt msg dr abang..
“Slm. Alhamdulillah, abe yu dpt anak prmpuan..baru je lahir”
Lps tu, dpt plk msg dr adik, ina
“Tahniah k.aten, krn anda tlh berjaya dpt anak sdara prmpuan”
Mcm2 la diorg ni, igt ke apa..

Alhamdulillah..pastu telefon k.ipar, k.na isteri kpd abg sulungku, a.yu..
Tnye sal dia, ank dia sihat x.
Nama ank buah ke-2 ku itu ialah Nur Awatif Farhah bt Muhammad Fakhruzzaman..

Pg td kul 9.oo, k.na masuk dlm dewan bedah.
Dia kena operate sbb ank dia dlm keadaan songsang, kepala ke atas.
.
Alhmdulillah, kul 12 kuar, slmt melahirkn anak..


Tak tau nk ckp mcm mne, rasa mcm seronok, gembira sgt2, dn syukur..
Tak sabar nk balik, nk tgk anak sdra..
Anak sdra yg 1st ( anak abe ke-2, a.zie ) tak tgk lg sbb dia kt sarawak.
Dah 4 bulan dh dia skrg..

Nama dia Muhammad Zulhilmi Hijazi bin Muhammad Zarizi

Rindu sgt kt mereka..

zulhilmi..masa ni bru seminggu lebih..


Sekadar kongsi kegembiraan..
Biasa la, org x pernah dpt anak sdara lg kn..

Em, baby ni dilahirkan dlm keadaan suci, ibarat kain putih.
Ibu bapalah yg mencorakkannya, sama ada menjadi baik @ sebaliknya..

Ku doakan smg abg2 n kakak2 ipar ku dpt mendidik mereka dgn baik.

Menjadi induvidu muslim yg soleh, sterusnya dpt berbakti utk agma tercinta..
Ameen..

Jumaat, 24 April 2009

MENYESAL??

Emm, rasanya mcm lama giler (bhs bdk2 zmn skrg) x update blog..entah la knape. Klu nk ikutkn, sy ni mmg sgt suke bab2 menulis ni, lbh2 lg tulis ttg apa yg sy rasa, ttg org2 sekeliling dn reality kehidupan ini..tp mgkn sbb kekangan masa( sbnrnya tak juga..), or malas nk tulis (kdg2..) or x berapa suke kongsi dgn org ( hal berkaitan peribadi..,tp x jg, selalu je cite kt kwn2)..xpela, wlau apa pun alsanku, yg pntg niat utk berkongsi cite, pengalaman, ilmu dll adlh tak lain tak bukan hanya krn Allah..InsyaAllah..smg Allah tidak memasukkan aku dn shbt2 dlm golongan org yg lalai, yg wt ssuatu tnpa matlamat, lbh2 lg menjurus ke arah keburukan..alangkah ruginya org2 sebegitu, yg sia2 shj amalan dn perbuatannya..sperti habuk2 yg berterbangan..Nauzubillahi min zalik..

Fikir2 balik, sepanjang khdpnku yg dh masuk 2 dekad ni, byk perkara yg tak dilaksanakn dgn baik, dgn bersungguh2 dn dgn penuh kaikhlasan dn ketekunan..shingga menyebabkan timbulnya penyesalan..MENYESAL?? ye, menyesal..nape?? sbb x wt yg terbaik, sbb dh melukakan hati ramai org, dn mcm2 lg..tp selagi masih ada masa, masih ada ruang utk bertaubat, utk meminta maaf dn utk membaiki kesilapan yg lalu, kita masih beruntung...bersyukurlah krn Allah msh bg pinjam kt kita bbrp wktu, saat dan detik yg kita x tau brpa lama..mgkn berpuluh-puluh tahun lg, mgkn sehari dua lg,em mgkn jg bbrpa saat je lg..

So, msh adkh masa lg utk kita menginsafi sgla kesilapan dn dosa2 lalu??

Bagi ssiapa yg pernah menyesal, mesti tau kn mcm mana perasaan tu..betapa sakit, dn betapa terseksanya..lbh2 lg klu itu penyesalan yg sgt besar..

Adakah kita mau mengulangi kejadian itu (penyesalan) di hari akhrat nnti, di hari perhitungan, yg mana sgla amaln kita akn dipamerkan satu persatu..klu menyesal d dunia, kita msh ada peluang utk bertaubat, utk baiki diri..tp mcm mana klu menyesal d akhirat nnti?? Blhkah kita kembali ke dunia, utk menebus balik sgla kesalahan kita?? Sudah tentu tak kan..Oleh itu, jgnlah kita jd org yg rugi, bkn je rugi dlm masa yg singkat, ttp malangnya rugi utk selama-lamanya..Diri kita sdri yg akn rugi, bkn org lain..AKU?? jgn biarkan org lain mempengaruhi kita utk wt kejahatan, maksiat..jgn biarkan syaitan dn hawa nafsu yg menguasai kita..sbb last2, kita yg akn rugi. Bkn mereka dn keluarga mrk..

Selalu fikirkan diri sdiri, sbb kita sayang kt diri kita..dan x lupa jg, fikirkan ttg org lain jg, tnpa mengabaikan diri sdri..sbb ada di kalangn pendkwah2, yg sibuk berdakwah kpd org lain shgga dri sdri terabai..ibadat entah ke mana, melewat2kn solat dll..nauzubillahi min zalik..Sy nk igtkn diri sy sdri. Ssgguhnya tgn yg menaip ni lebih dekat dgn mata yg melihat, otak yg berfikir..Ssgguhya sy sgt takut, takut jd sperti golongn yg Allah sebut dlm ayt 3 dan 4 surah as-Soff..( mgkn ni jwpn paling tepat knape sy lama x update blog)..


Rabu, 1 April 2009

BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALA ALLAH

Yang dilihat & diukur bukanlah sejauh mana usahamu...
Tapi yang diharap sejauh mana tawakkalmu..
Percaya nan jitu ...Pergantungan pdNya..
Tapi tidak bermakna pula tidak perlu berusaha..
Usahalah semampumu...tapi jangan sesekali berakidah
bahawa banyaknya usahamu ..penentu kejayaan..

Tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALMU itu padaNYA...
Itulah penentu kejayaan..
Kejayaan bukan milik sesiapa
Tetapi adalah milik ALLAH..
Jadi selayaknya hendaklah dikau pohon drpdNYA semata-mata..
Maka tinggallah rasa duka semampumu..
Kerana memikul beban duka boleh membuatmu hilang arah..hilang pedoman..
Kelmarin ALLAH telah menolongmu..Maka percayalah DIA tetap akan menolongmu..Rabbana YASSIR..

seorg ustaz prnah kata, selalu ingatkan diri kita..bahawa USAHA kita x sedikitpun (x bg sesen pun) sebab utk ALLAH
bagi kejayaan kpd kita..kalau dgn usaha kita baru Allah bg kejayaan bermakna Allah lemah..tapi..sebaliknya..Allah MAHA BERKUASA utk bagi atau x ..itu atas KEHENDAKNYA..
tapi x bermakna pula kita x perlu berusaha..usaha kita perlu sebab ALLAH suruH kita berusaha sebagai hambaNya yg Dhoif yg lemah..yg slalu berharap pdNya...
sbg contoh kisah Mariam ktka melahirkan nabi Musa..Allah suruh juga Mariam goncangkan pokok tamar walaupun sbenarnya Allah berkuasa atas suma itu..

..sama2 TAJDID niat..kukuhkan tawakkal kita pada ALLAH adalah yg utama sebelum berusaha..byk pengalamn boleh lihat drpada konsep ni..biasa kita dgr..usaha doa & tawakkal..tapi ramai jga antara kita yg studi sgguh2,usaha sgguh2..tapi bla result x stimpal ngan usaha rasa frust sgt..kecewa..bila AKIDAH x btul2 mntap tntg konsep tawakkal .redha dgn Qada' Qadar ALLAh..
Tapi..cuba kita letakkan tawakkal kita yg utama.diiringi usaha kita..dgan harapan usaha kita yg sedikit atau banyak sentiasa di berkatiNYa..mga2 jika ada ujian yg mlanda d pertengahn jalan x mematahkan semangat kita..mga2 apa jua natijah drNya..kita berlapang dada..sebab KITA dah serah bulat2 kat ALLAH..INSYAALLAH..sama2 memantapkan akar ISLAM (AKIDAH YG SALIM ) dalam diri..

BAITI JANNATI

Baiti jannati, teringat dkt shbt sy di mesir yg menggunakan baitie jannatie sbgai nama emelnya..dh lama x jumpa, rasa rindu plk.. Di sini sy nk kongsi sdkt ttg rumahku syurgaku. Tak tau knape, sjk kebelakangan ni asyik teringt kt umah, kt ma abah dan fmily tercinta..Agak lama x balik, sjk cuti midsem ari tu. Biasa la, mmg dh adat org bermusafir, lbh2 lg utk tuntut ilmu Allah..Berbalik pd persoalan td. Ada apa dgn rumahku syurgaku?? Kenapa rumah kita blh diibaratkankan sbgai syurga?


Anggota keluarga biasanya terdiri drpd ayah, mak, abang, kakak dan adik..Sy mempunyai 4 org abang, seorang kakak dan 3 org adk perempuan..Abah dan ma bekerja sebagai guru di sekolah menengah dan rendah..Sbnrnya bkn nk cite ttg fmily, tp nk kongsi ttg pentarbiahan yg abah terapkan kpd kami adk-beradik sjk dr kecil lg. Dah besar cmni, barulah terfikir apa dan kenapa abah wt semua ni utk kmi..dulu masa kecik2, ikut je. x tau apa2..Harap shbt2 dpt ambil sdkit sebanyak manfaat drpd perkongsian ini.



Abah bknnya seorang ustaz, bkn jg seorang bergelar profesionalis, atau yg mempunyai ilmu yg banyak..tp apa yg membuatkanku kagum dgn abah ialah semangat beliau, dan kesungguhan beliau memcurahkan seberapa byk ilmu agama kpd kami..Sejak umur 6 thn, abah tlh menghantar kmi ke tadika islam, cthnya taski abim..abah mmg masuk abim(angkatan belia islam Malaysia), tp sbgai ahli biasa, x aktif sgt. Sekadar join usrah n bbrpa aktiviti2 abim..Sekolah rendah, sekolah kebangsaan biasa je. Masuk sekolah menengah, abah pastikan semua ank2nya ke sekolah agma. Wlaupun x penuh smpai form 5.. Kata abah, abah nk smua ank2 abah dpt pendidikan islam yg sepatutnya, yg mana x terdapat kt sekolah2 biasa..alhamdulillah, byk ilmu2 agma yg kami pelajari sms di sekolah agma..


Rutin harian kami, abah klu blh nk suruh kami wt jadual wktu, spy kehidupan sehari-hari lbh terarah, terutama masa cuti. Kata abah, jgn ikut IT ( ikut terlintas) nk wt apa. Kena fikir dlu perkara tu baik ke x, beri ksn +ve or –ve..Ms kecik dlu, abah slalu ckp, TV tu berhantu. Sbb klu tgk tv, mesti ‘ralit’..nk tgk sejam, jd dua tiga jam dn seterusnya..smpai tv tu dh panas sgt. Mana tak nya, buka dr pg smpai malam..


Lg 1, tidur pd wktu mlm, msti sblm kul 12..Klu lbh kul 12, mmg bising la rumah kami dgn suara abah suruh kami naik tidur..Sbb abah nk kami bgun awal untuk solat subuh esknya..Abah mmg tekankan solat di awal wktu, dan solat berjemaah. Klu lelaki di masjid. Masjid an-nur tu mmg dkt je ngn rumah kami, dr rumah dh nmpak msjid..abah selalu ckp, berdasarkan hadis Rasulullah;

“Solat berjemaah lebih afdhal drpd solat bersendirian dgn 27 darjat”

Abah mmg marah kalau kami x solat berjemaah..Kdg2, abah sggup solat lmbat, tunggu kami dkt2 sejam, semata-mata nk solat berjemaah. Abah ckp, rugi sgt klu solat seorang diri..Lepas solat subuh, biasanya baca surah Yasin dan Al-mathurat ( klu smpat, sblm ke sekolah). Kami adik-beradik biasa la, ada yg x suka. Ngantuk kan, lbh2 lg klu hari cuti. Wt muka masam,tertidur masa baca Al-Quran. Tp abah sgt tabah, sdkit pn x ambil hati dgn karenah kami.


Selain itu, 1 perkara yg abah wt sejak dlu lg ialah tazkirah keluarga..Stkt ni, abah x pernah lg tinggalkan tazkirah keluarga, seminggu sekali. Biasanya mlm jumaat, lps maghrib..Lbh kurang sejam atau lebih. Walaupun kt rumah kami skrg ni hnye tinggal abah, ma, dan 2 org adik..Abah biasanya gnakan buku2 agama yg ada kt umah kami, yg simple2 tp sgt penting..Cthnya, adab2 seorg muslim, buku kata2 hikmah dan kitab fadhail..kdg2 tu, abah just ckp apa yg abah dgr dr kuliah2 dan ceramah d masjid.

Stkt ini dlu sdkit perkongsian dr sy. Abah sy bukanlah seorg abah yg terbaik..Mgkin abah org lain lbh baik, dan lebih hebat pentarbiahan. Sama2 kita fikir balik, mcm mane mak ayah kita mendidik, mengasuh dan mentarbiah kita dr kecil hgga sekarang. Dan kita perlu laksanakan tggungjawab, amanah kita utk menjadi seorg anak yg soleh dan solehah. Seterusnye, mendpt keredhaan Allah. Sbgaimana yg kita tau, keredhaan Allah terletak pd keredhaan kedua ibu bapa..

Khamis, 26 Mac 2009

khusyuk dlm solat

Assalamualikum wbt. Semalam sy dgr rakaman kuliah drpd tok guru Nik Abdul Aziz, yg diberikan oleh sahabat sy Madihah sewaktu kami berjumpa mggu lepas. Byk rakaman suara kuliah2 tok guru, yg mgkin diambil oleh sseorang yg mencintai ilmu. Alhamdulillah, byk input dpt. Tp baru dgr satu kuliah je, yg mana ada lagi sambungan keduanya..Tajuk kuliah kali ini ialah khusyuk dlm solat.

Imam Ghazali ajar spy kita tau apa yg kita baca. Makna ta’awuz(a’uzubillahi minassyaitoni rrajim).


-Ketika solat, syaitan mmg akn selalu ganggu kita..antara cara syaitan ganggu kita ialah dia berusaha spy kita igt kt akhirt, padahal xde kaitan dgn yg kita baca..x kena tempat. Bkn igt kt bnda dunia je. Kdg2, dia suh kita igt nk wt apa mlm ni, nk bertasbih, tahlil, smbhyg sunat dll. Dia nk suh kita x fhm apa yg kita baca. Yg sepatutnya kita igt ialah setiap patah perkataan yg kita baca. Sbrg perkara yg boleh mengganggu kita dari memahami mkna2 bacaan dlm solat, maka gangguan itu namanya was2.


-Olh krn was2 ni bhya, maka Allah membuat penyudah surah dlm Al-Quran ialh yg ada kaitan dgn was2 (iaitu dlm surah an-naaas)..


-tujuan baca ayat al-Quran atau doa ialah makna..maka bacalah apapun, klu kita x fhm mksud, maka x akn m’beri sdkt pun faedah kpd kita. Mcm mana nk ajar hati, bntuk peribadi muslim klu kita x faham apa yg kita baca dn lakukan. Cth, klu kita lihat, sebab tu Abu Jahal, Abu Talib x mengucap 2 kalimah syahadah. Padahal blh je dia menyatakn syahadah sbb mrk org Arab. Sbbnya, mrk tahu, klu wt mcm tu, blh menghapuskan sgala kepercayaan dn amalan mrk dri dulu..sperti Imam Ghazali ckp; klu kita memperkatakan apa yg kita x reti@ x fhm, maka gerakan lidah tu x de tujuan sedikit pun.


- dlm Ihya’ Ulumuddin, Imam Ghazali mengatakan bhwa cara membaca ada 3:

1- lidah je baca tp hati xtau apa2..

2- lidah dulu bergerak lps tu hati turut apa yg diperkatakn olh lidah. Mcm kita dgr apa yg lidah org lain kata, lps tu baru faham. Taraf bacaan sprt ini sma sprti dgr org lain baca..

3- org yg hati dlu baca, lps tu bru guna lidah utk ckap apa yg ada dlm hati dia. Ni adlah peringkt pembacaan yg plg tinggi..


-ada byk perbezaan ,lidah menjadi juru bhasa kpd hati(ni yg kita nak), dn hati menjadi juru bhsa bg lidah.


-bila kita baca basmalah, maka perkara pertama ialh niat, utk dpt keberkataan dr permulaan amal kita.

Baca dgn penuh adab..ta’ayuz dulu,lps tu basmalah. Nk berlindung drpd gangguan syaitan, dan nk dpt keberkatan..klu x, amaln dan perbuatan kita xde keberkatan, sama je dgn amaln org kafir.


Alhamdulillah pula -sambungan drpd bismillah..apbla smua perkara dtg drpd Allah, maka tidak pelik berlakunya (alhamdulillah) sgala puji bagi Allah.


Sgla nikmat,atau apa2 je yg dtg drpd manusia, sbnrnya drpada Allah..Org2 ini hanyalah sbgai alat utk menyampaikan. Cth;posmen yg hntar surat kpd kita..bodahlah kita klu igt posmen yg tulis surat tu, pdahal surat tu ditulis oleh ank kita atau mak ayah kita. Posmen tu hanya sbgai alat atau perantaraan utk menyampaikan ssuatu..


Apa yg dpt sy simpulkan di sini, apa2 perkara pun, terutama solat, mesti tau hakikat apa yg sdg kita lakukan. Tau maksud ayat, bacaan dll. Klu tak, sia2lah amalan kita..

Selasa, 17 Mac 2009

Buktikan Umat Islam Hebat

Alhamdulillah, syukur kpd Allah krn telah memberikan salah satu nikmat drpd nikmat2Nya kpd kita..dan tlh menganugerahkan nikmat kejayaan cemerlang kpd adik nik nur madihah. Tahniah kpd madihah, smg Allah merberkati usahamu. Kejayaan yg tlh diukir oleh madihah ni menyebabkan rsa rindu dn syg kt mmp makin membuak-buak..Tiba2 je rsa mcm rugi sgt x menggunakn sepenuh masa dn peluang berada d mmp sebaik mgkn, utk tuntut ilmu dgn ustaz ustazah dll. Daku amat merindui suasana d mmp dlu..:-(

Sdkit respon dr kjayaan madihah..Tahniah madihah krn telah membuktikan umat Islam ni hebat dn kuat. Sy percaya rmai d kalangan kita yg semakin bersemangat utk terus menuntut ilmu, dn mengoptimumkan penggunaan akal yg telah diberikn oleh Allah..klau tgk ulama'2 dn tokoh2 Islam dlu pn, mereka mengkaji byk bidang ilmu, sma ada dlm bidang sains, sastera dll. Semua ilmu dtg drpd Allah..Dn ilmu itu tidak akn masuk ke dlm hati org2 yg berbuat maksiat, sbb ilmu itu cahaya..

Resipi kejayaan Madihah dapat 20A


=Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu=

KETIKA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Wartawan Utusan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, HAFIZ JOHARI menemui Nik Nur Madihah di rumah keluarganya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengetahui rahsia kejayaannya.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?

NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.

Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.

Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?

Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.

Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?

Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.

Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.

Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?

Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?

Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.

Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?

Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?

Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?

Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?

Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

sumber: dari utusan malaysia

Khamis, 12 Mac 2009

DETIK-DETIK SAKARATUL MAUT RASULULLAH SAW




Inilah bukti cinta yang sebenar-benarnya tentang cinta, yang telah dicontohkan Allah SWT melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, meski langit mulai menguning di ufuk timur, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayapnya.


Rasulullah dengan suara lemah memberikan khutbah terakhirnya, “Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasul yang tenang menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. “Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk.
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah.
“Siapakah itu wahai anakku?”“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.


Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah.
Fatimah menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut telah datang menghampiri. Rasulullah pun menanyakan kenapa Jibril tidak menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi, semua penjelasan Jibril itu tidak membuat Rasul lega, matanya masih penuh kecemasan dan tanda tanya.


“Engkau tidak senang mendengar kabar ini?” tanya Jibril lagi. “Kabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak, sepeninggalanku?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril meyakinkan.
Detik-detik kian dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakitnya, sakaratul maut ini.” Perlahan terdengar desisan suara Rasulullah mengaduh.

Fatimah hanya mampu memejamkan matanya. Sementara Ali yang duduk di sampingnya hanya menundukan kepalanya semakin dalam. Jibril pun memalingkan muka.
“Jijikkah engkau melihatku, hingga engkau palingkan wajahmu Jibril?” tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril sambil terus berpaling.
Sedetik kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat sekali maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku,” pinta Rasul pada Allah.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali pun segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.


“Ummatii, ummatii, ummatiii?” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran kemuliaan itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Ya Rasulullah Ya Habibullah…
Dikaulah insan yang sempurna..
Insan yang sabar..

Ya Rasulullah..
Engkau kekasih Allah..
Engkau tinggalkan Al-Quran dan As-sunnah..
Buat ummatmu..

Ya Rasul ..
Maafkanlah daku krn seringkali melupakannmu...
Ya Rasulullah..
Ku amat merinduimu wlaupun kita x prnh bersua.
Wlau ku tahu ku insan yg byk melakukan dosa..
Ku insan yg lupa..

Ya Rasulullah..
Ku pohon pd Ilahi mga pd hari perhitungan kelak..
ku bisa mendpt syafaatmu..
Ameen...

Selasa, 24 Februari 2009

NAKBAH PALESTIN

Apa itu nakbah?? Mgkin sesetengah dari kita tidak mengetahui. Mgkin jg pernah dengar, tp xtau sgt secara detailnya apa itu nakbah atau khususnya nakbah palestin..Sebenarnya sy sendiri pernah terkena, apbl seorang shbt senior sy bertanyakan ttg nakbah palestin. Bkn xtau ttg peristiwa ni, tp tak igt n betul2 faham..Jadi, sy bawakan ttg sejarah n serba sedikit penerangan mengenai peristiwa ni, smg kita semua lbh concern ttg hal ehwal saudara2 seislam kita.

Istilah nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.


NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan kiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah dibuka oleh Amirul Mukminin Sayidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah 'bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka'.


Pencetus penubuhan negara Yahudi


Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin


British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.

Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.

Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.

Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.



Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.


Kelemahan Liga Negara Arab


Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.

Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin


Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.

Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.


Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.

Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.

Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.

Enam Dekad Nakbah


Kini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :


1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.

3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit
dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di
dunia.


Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.


7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.

8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.


Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.

Peranan masyarakat antarabangsa


Fakta-fa
kta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri.

Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus berpanjangan.

PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksan
akan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.

Peranan umat Islam


Bumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan
untuk semua umat Islam di seluruh dunia.


Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.

Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan daripada saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitulmaqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70,000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah, tetapi kini, di manakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Dan di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin? Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitulmaqdis apabila intifada bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya' daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayidina Isa a.s. Walau bagaimanapun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah SWT.


maksudnya:

"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya, tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)." (Surah al-Nisa': 157)

Kenapa peristiwa Nakbah wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam??

Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh ,asyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk merempat di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini nasib mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

Jika ada di kalangan kita merasakan tragedi Nakbah ini tiada kena mengena dengan diri kita, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan hidup kita sebagai serorang muslim. Apakah asas kepada perkara ini?

Yang pertama inilah akibat dari leburnya konsep ummah dan digantikan dengan konsep negara bangsa 'nation state' yang dipaksakan oleh penjajahan ratusan tahun ke atas umat Islam. Umat ini diiktiraf oleh al-Quran sebagai umat yang satu. Firman Allah SWT 'Sesungguhnya kamu ini adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau menyembah akan Daku'. Di tempat yang lain Allah berfirman 'Sesungguhnya kamu adalah umat yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka hendaklah engkau bertaqwa kepada-Ku"...

Oleh kerana begitu mendalamnya konsep 'nation states' yang diperkenalkan oleh penjajah maka kita pada hari ini tidak lagi menganggap umat Islam di luar dari batas sempadan antarabangsa sebagai saudara yang wajib dibela dan dipertahankan. Bahkan kadang-kadang timbul pula sentimen merendah-rendahkan muslim di negara lain atau dari bangsa lain. Oleh kerana robohnya konsep umat ini, kesatuan umat Islam berjaya dipecahkan dan sememangnya itulah yang menjadi hasrat musuh-musuh Islam. Musuh Islam amat menyedari asas kepada kekuatan umat Islam bukan kekuatan ekonomi atau hasil mahsulnya tetapi kekuatan persaudaraan yang terbina di atas asas aqidah yang kukuh. Apabila aqidah berjaya dihakis dari jatidiri umat Islam, tidak ada lagi sisa kekuatan ukhuwah yang terbina di atasnya. Akhirnya mudahlah wilayah umat Islam dijajah satu persatu. Bahkan 'legacy' penjajahan itu berterusan apabila mereka melakarkan sempadan-sempadan politik yang 'artificial' sehingga wujudlah 67 negara bangsa yang kadang-kadang hanya dipisahkan oleh garisan lurus yang dilukis dengan pembaris seperti halnya Mesir dan Sudan, Libya, Tunisia, Maghribi, Mauritania, Chad, Somalia, Ethopia dan Eritrea... Seperti halnya Jordan, Syria, Iraq dan bahkan Palestin. Seperti juga halnya Malaysia dan Indonesia yang dipisahkan di peringkat awal lagi oleh satu garisan lurus yang merentas Selat Melaka pada tahun 1824 hasil persetujuan British dan Belanda. Justeru negara Islam yang jumlahnya 67 buah dan menempatkan 1.6 billion umat Islam tidak mampu membela saudara seagamanya di Palestin. Hakikatnya Palestin dikelilingi oleh negara-negara Arab-Islam yang kaya raya dengan hasil petroluemnya tetapi seolah-olah mandul tidak dapat berbuat apa-apa.

Ketidakpedulian umat Islam terhadap saudaranya di Palestin lebih parah dari sekadar kegagalan memenuhi tuntutan ukhuwah. Sebabnya ialah bumi Palestin bukan sekadar satu dari wilayah umat Islam yang dikuasai oleh musuh, tetapi lebih penting dari itu ia adalah tanah suci umat Islam.
Mungkin umat Islam terlupa bahawa kita punya tiga tanah suci dan bukan dua. Di samping Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawarah, kita punya tanah suci yang ketiga iaitu Baitul-Maqdis di mana terletaknya Masjid al-Aqsa. Ia menjadi transit atau tempat persinggahan Nabi Muhammad SAW dalam peristiwa Isra' dan Mikraj. Ia mengisyaratkan Baitul-Maqdis mempunyai makna yang cukup besar bari Rasulullah SAW dan bagi umat Islam. Di samping itu Masjid al-Aqsa itu sendiri mempunyai pelbagai kelebihan lewat hadis-hadis yang berkaitan. Bersembahyang di Masjid al-Aqsa menjanjikan pahala sehingga lima ratus kali lipat berbanding bersembahyang di tempat yang lain.

Solat di Masjidil-Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (di tempat lain), dan solat di masjidku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul-Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. (Riwayat at-Tabarani)

Masjid al-Aqsa juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebagaimana yang dinyatakan berikut

Al-Hazimi mengemukakan satu riwayat daripada al-Barra' bin `Azib:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان أول ما قدم المدينة نزل على أجداده من الأنصار وأنه صلى قبل بيت المقدس ستة عشر شهرا أو سبعة عشر شهرا.

Daripada al-Barra' bin `Azib bahawa perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. apabila sampai di Madinah ialah menemui datuk neneknya dari kalangan Ansar dan baginda bersembahyang mengadap ke arah Baitul-Maqdis selama 16 bulan atau 17 bulan

Rasulullah SAW juga menganjurkan agar umat Islam menziarahi Masjid al-Aqsa dan bersama dalam menguruskannya.

Abdullah ibn umar bertanya pada Rasulullah SAW "Ya Rasulullah, terangkan kepada kami hukum menziarahi Baitul-Maqdis. "Jawab Rasulullah SAW, Ziarah dan solatlah di sana. Sekiranya tidak mungkin (ziarah dan solat) maka kirimkanlah minyak untuk lampu-lampu (bagi menerangi masjid) – Sahih Bukhari

Jika membiayai pengurusan masjid manjadi tanggungjawab seluruh umat Islam apatah lagi tanggungjawab untuk membebaskannya dari penaklukan dan cengkaman musuh. Lantaran itu Saydina Umar al-Khattab RA telah mengistiharkan Baitul-Maqdis yang melengkari Masjid al-Aqsa sebagai tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman sebaik sahaja menerima kunci kota tersebut setelah ianya dibuka dan dibebaskan dari cengkaman kerajaan Rom Timur (Byzantium).