Selasa, 30 November 2010

Taubat Malik Bin Dinar

Seusai pulangnya sahabat-sahabat rumahku dari Kuis sempena ceramah oleh Sheikh Professor Dr Mohammad Said Ramadhan al-Bouti daripada Universiti Damascus, Syria., mereka rancak berbual menyatakan kekaguman terhadap ulama’ terkemuka tersebut. Sheikh tersebut ada menceritakan tentang perihal Malik Bin Dinar, yang menyebabkan beliau tersentuh dan sebak tentang kisah tersebut.



Malik bin Dinar adalah seorang tabi’in yang terkenal kerana selalu menangis sepanjang malam sambil berdoa,”Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni syurga dan penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana?Ya Allah, jadikanlah aku dari penghuni syurga, dan jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka.”


Perhatikanlah ibadahnya!Inilah Malik bin Dinar. Namun menurutnya,

“Aku memulai hidupku dengan sia-sia, banyak minum dan banyak berbuat maksiat. Aku berbuat zalim pada manusia, aku makan hak orang lain, aku makan riba, aku memukul manusia dan aku melakukan kezaliman. Tiada maksiat yang tidak kulakukan. Aku sangat fajir sehingga manusia menjauhiku.”


“Tapi suatu hari, aku ingin menikah dan memiliki anak. Maka aku pun menikah dan isteriku melahirkan seorang anak yang kuberi nama Fatimah. Aku sangat mencintainya dan setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku bertambah dan amksiatku berkurang. Mungkin atimah tahu kalau aku memegang botol arak, lalu dia mendekatikku sehingga aku menjauhkan botol itu darinya, sedangka dia baru berusia 2 tahun ketika itu. Seakan Allah mengatur dia untuk berkelakuan begitu. Semakin hari aku semakin mendekati Allah sehingalah Fatimah genap berusia 3 tahun dan dia mati.”


“Lalu menjadilah aku seorang yang lebih buruk dari sebelumnya. Sebab aku masih belum memiliki kesabaran orang yang beriman sehingga syaitan berjaya memperdayakan aku. Sampai satu hariaku terasa ingin mabuk, lalu aku meminum arak sepanjang malam.”


“Lalu hari itu aku bermimpi yang menebus kesedaranku. Aku bermimpi melihat diriku di hari kiamat. Manusia berbondong-bondong, aku bersama manusia dan aku mendengar ada yang menyeru, “Fulan bin Fulan kemarilah menghadap pada Yang Maha Memaksa.”


“Aku melihat wajah si Fulan bin Fulan berubah menjadi hitam kerana ketakutan. Sehinggalah aku mendengar si penyeru itu memanggil Malik bin Dinar. Manusia di sekelilingku hilang, seakan tiada siapa di padang mahsyar itu. Lalu aku melihat ular yang besar lagi ganas berjalan sambil membuka mulutnya. Aku pun berlari sehinggalah aku menemui seorang lelakui tua yang lemah lalu aku berkata, “Tolonglah aku dari ular itu.” Tapi lelaki itu menjawab, “Aku lemah anakku, Aku tidak dapt menolongmu. Tetapi berlarilah ke arah sini, mungkin kau akan selamat.”


“Aku berlari ke arah yang ditunjukkan sehinggalah aku mendapati ular dibelakangku dan neraka dihadapanku. Lalu aku berlari kembali ke arah lelaki tua itu dan berkata, “Tolonglah aku, selamatkan aku.” Maka jawabnya lagi,”Aku lemah seperti yang kau lihat. Pergilah ke arah gunung itu, mungkin kau akan selamat.”


“Aku pun berlari ke arah gunung dan ular tersebut juga semakin hampir mengekoriku. Lalu aku melihat di puncak gunung kanak-kanak kecil berteriak, “Wahai Fatimah, temuilah ayahmu, temuilah ayahmu..”


“Aku tahu itu anakku yang meninggal sewaktu usianya 3 tahun itu. Anakku menolongku dan menyambutku dengan tangan kanannya, lalu mengusir ular tersebut dengan tangan kirinya. Sedangkan aku kelihatan seperti mayat waktu itu kerana ketakutan. Lalu aku kembali berada di bilikku sewaktu di dunia dan anakku berkata, “Belumkah datangnya waktu orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah…(al-Hadid:16)”

Aku bertanya kepada Fatimah, “Ceritakanlah padaku tentang ular itu.”


Lalu dia berkata, “Itu adalah amal burukmu yang kau besarkan dan cambahkan setiap hari, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai yahaku, bahawa amal di dunia akan berubah menjadi jasad di akhirat kelak?”


Aku bertanya lagi, “Dan lelaki tua itu?”

Anakku menjawab, “Itulah amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga dia menangis dan tak mampu melakukan sesuatu untuk membantumu. Sekiranya kau tidak melahirkan aku dan aku mati ketika kecil, tentu tidak ada yang bermanfaat bagimu.”

“Aku pun terbangun dari tidur dan berteriak,”Telah datang wahai Tuhanku…telah datang, wahai Tuhanku…”

Aku pun keluar dan bersiap untuk soalt subuh dan sewaktu melangkah masuk masjid, aku mendengar Si imam membaca,


Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah…(al-Hadid:16)”


Sejak dari itu Malik pun bertaubat sehingga dikenali kerana hampir setiap hari menghabiskan masa di masjid.

Belum sampaikha waktunya untuk kita?


Siapa yang mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekat padanya sehasta. Lalu siapa yang mendekatiKu dengan sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan siapa yang mendekatiKu dengan berjalan, maka Aku akan mendekatinya sambil berlari kecil.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Semoga Allah kurniakan nikmat taubat itu pada kita semua..


Kisah diambil daripada : http://azzariyat.com/blog/2010/06/28/taubat-malik-bin-dinar/

Ahad, 28 November 2010

“ Permulaan Jalan Menuju Hidayah”

“ Bidayatul Hidayah” karangan al-imam Hujjatul Islam Al –Ghazali r.a. Satu buku yang tidak asing lagi di kalangan pencinta-pencinta ilmu..


Tidak dinafikan, terkadang-kadang keghairahan untuk menuntut ilmu itu datang menyelusup ke dalam diri. Disebabkan dorongan dan semangat daripada sahabat-sahabat yang dekat atau jauh, semangat inkuiri yang tinggi, dan juga rasa kejahilan yang teramat dalam diri.


Tetapi, terasa satu kekurangan yang amat besar, bagi orang-orang yang sangat bersemangat mencedok ilmu sebanyak mungkin, walau hakikatnya mengetahui hakikat ilmu yang sangat sedikit jika dibandingkan dengan lautan ilmu Allah yang luas. Apakah kekurangan itu? Ye, ia berkaitan NIAT dan TUJUAN!!



“ Sekiranya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka di kalangan kawan-kawan, dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu, dan menghimpunkan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha MENGHANCURKAN AGAMAMU dan MEMBINASAKAN DIRIMU SENDIRI dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, MAKA perniagaanmu adalah rugi dan porak peranda, dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasakan kerugian.”


Koreksi diri, andai ada salah satu daripada tujuan-tujuan tersebut termasuk dalam niat dan tujuan kita. Jikalau ada, cepat-cepat istighfar dan cuba lakukan perubahan. Untuk apa? Supaya kita tidak berterusan tertipu oleh tipu daya syaitan. Sebagaimana Allah telah berfirman:


Maksudnya; “ Katakanlah Wahai Muhammad! Mahukah kamu aku khabarkan denagn orang yang sebenarnya mendapat kerugian di dalam usaha mereka. Iaityu orang yang telah mensia-siakan perbuatan mereka dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik.”

(al-Kahfi, 103-104)


“Dan jikalau niatmu dalam mencari ilmu itu untuk MENCARI KEREDHAAN ALLAH dan MENCARI HIDAYAH, bukan semata-mata untuk pandai bercakap, maka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan di lautan semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.”


“ Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui bahawa HIDAYAH itu adalah buah daripada ILMU dan bagi hidayah itu ada “ bidayah” ( permulaan ) dan ada pula “nihayah” ( kesudahan), ada zahir dan batinnya, dan engkau tidak akan ssampai kepada nihayatul hidayah dan tidak dapat menyelami batin hidayah, kecuali setelah engkau selesai daripada menyempurnakan segala urusan berkenaan dengan zahir hidayah itu.”


Jadi, untuk mendapat hidayah perlu berusaha, bukan menunggu sahaja. Iaitu usaha dengan ilmu. Jom sama-sama tuntut ilmu, untuk cari hidayah dan cari redha Allah semata-mata. Bukan untuk kepentingan dunia, bukan untuk bermegah-megah dengan ilmu yang ada..


Sabtu, 13 November 2010

Dialog Antara Sijil dan Ilmu

Kisah ini diambil drpd emel shbt saya..Untuk renungan bersama, semoga bermanfaat..


Suatu hari ilmu bertanya kepada sijil: "Mengapa orang lebih memandang engkau berbanding aku?"
Soalan itu membuatkan sijil termenung seketika… kemudian menjawab:

"Jika engkau terjumpa seseorang yang diragui kerakyatannya, sudah pasti engkau akan bertanya statusnya. Bila orang itu menjawab: "Saya rakyat Malaysia". Adakah keraguan itu akan hilang? Atau engkau lebih yakin bila melihat Kad Pengenalan dirinya?"

"Ya, aku akan lebih yakin bila melihat Kad Pengenalan dirinya". Jawab ilmu.

"Begitulah dengan diriku, orang lebih yakin dengan aku berbanding engkau wahai ilmu". Tambah sijil lagi: "Engkau ibarat kebenaran orang tadi sebagai rakyat Malaysia, sedang aku pula adalah Kad Pengenalan Diri".

"Satu perbandingan yang baik". Sahut Ilmu. "Tapi sekarang aku dapat rasakan yang kewujudanku tidak bererti, tiada siapa pun yang melihatku di saat engkau menjadi rebutan dan dikejar oleh semua orang. Aku terabai wahai sijil".

Dengan perlahan sijil menjawab: "Wahai ilmu, engkaulah tonggak kewujudan manusia dan teras ketamadunan mereka… Janganlah bersedih, sekalipun engkau terpencil namun engkau akan tetap dihormati, disanjung, dan dijulang… sedang aku hanya sehelai kertas, tidak mungkin aku membawanya ke alam abadi.. tidak mungkin…"

Terharu mendengar kata-kata sijil, lalu Ilmu bersuara: "Wahai sijil, aku tidak kisah engkau mendapat tempat di hati manusia, tetapi satu pemintaanku, engkau nasihatilah manusia supaya jangan mengabaikan aku. Setiap kali musim peperiksaan, aku sangat gembira kerana semua orang mendekatiku, cuba mengingatiku, walaupun aku terselindung di celah helaian buku setebal 500 m/s, aku akan tetap dijumpai, aku sangat gembira ketika itu… terlalu bahagia.

Tapi bila tamat sahaja musim peperiksaan, aku mula ditinggalkan… ketika itu aku mula sedar, sebenarnya mereka semua hanya jadikan aku sebagai jambatan untuk pergi kepada engkau wahai sijil. Itulah hakikatnya".

"Subhanallah" , mengeluh sijil rasa kesal. "Bersabarlah wahai ilmu!!" "Aku akan nasihati mereka".
Kata ilmu lagi; "Aku tidak seperti engkau, hiasan yang boleh dilihat oleh sesiapa sahaja".

Sijil mencelah dengan berkata: "Engkau juga perhiasan.. perhiasaan yang dinilai oleh Allah dan rasul-Nya. Kata Nabi s.a.w: "Kelebihan orang alim ke atas abid seperti kelebihanku ke atas serendah-rendah martabat seorang lelaki dari kalangan umatku".



"Barangsiapa yang inginkan kehidupan dunia dan perhiasannya, kami akan berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia sesekali tidak akan dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak tidak mendapat tempat di akhirat kelak kecuali Neraka, dan di akhirat nanti lenyaplah apa yang telah mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.

(Surah Hud 15-16)

Jadi untuk para pelajar ilmu syarak, baik di sekolah atau universiti, mestilah perbetulkan niat dan terjemahkannya di dalam perbuatan. Anggaplah sijil itu hanya sebagai alat untuk mendapat tempat dalam masyarakat selepas tamat pengajian sahaja. Selepas itu jangan membuang masa lagi, bersungguh-sungguhlah menuntut ilmu. Tidak ada masa untuk beristirehat, tidak ada masa untuk berseronok,atau berjalan-jalan.

Masa yang ada mestilah digunakan untuk mengemas kini kembali maklumat yang diterima atau pernah didengari. Ambil semula buku-buku yang membicarakan tentang disiplin ilmu. Kuasai disiplin-disiplin ilmu itu. Ya Allah, alangkah bahagianya jika pelajar ilmu syarak dapat menghafal al-Quran, menghafal seberapa banyak hadis, menguasai Bahasa Arab, seterusnya dapat menguasai disiplin-disiplin ilmu seperti Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyyah, Usul Tafsir, Usul Hadis (Mustalah Hadis)dan sebagainya.

Alangkah indahnya sekiranya kita yang menggelarkan diri para pejuang agama Allah ini bisa menjadi mulia kerana ilmu di dada...bisa dihormati kerana ilmu yang diamalkan... Ingatlah!!! Sijil itu hanyalah wasilah kita di dunia ini. Aplikasikanlah ilmu yang diterima. Kita lah generasi baru yang dinanti untuk mengisi kemenangan yang ada sekarang.

P/s:
-Selamat menempuhi peperiksaan kepada sahabat2 seperjuangan sekalian..
-Study2 jugak, tapi jangan sesekali lupa akan kewajipan kita sebagai hambaNya..
-Ilmu sangat bernilai dan berharga, semoga sentiasa ikhlas mempelajarinya. Bukan sekadar untuk lulus cemerlang dalam exam..
-Semoga segala yang kita lakukan ini sentiasa dinilai di sisi Allah..
-Terima kasih kepada lecturer2, sahabat2 yang banyak membantu, terutama kawan2 ichemtech yang disayangi=)
-Maaf atas salah silap, doakan kejayaan bersama..

Rabu, 10 November 2010

Anugerah tuhan..


HARI INI BUKAN SEMUDAH SEMALAM UNTUK BERGELAR MANUSIA SEMPURNA
BANYAK YANG PERLU DIKORBANKAN,
BANYAK JUGA YANG TERPAKSA DILEPASKAN
SEKALI LANGKAH TERSADUNG, REBAH MENYEMBAH
SEKALI MELANGKAH GAGAH, TERSENYUM MEGAH
DAN SEMUA ITU MEMERLUKAN PENGORBANAN
MENUNTUT KESABARAN DAN AIR MATA
SELAGI PRINSIP HIDUP BERADA DI ATAS LANDASAN YANG BETUL,
USAH DIGUSAR PADA 'ANUGERAH ALLAH'
ANGGAPLAH BILA SESEKALI DIDUGA,
ITU SEKADAR UNTUK MEMATANGKAN & MENGAJAR KITA BANGUN
UNTUK MENJADI MANUSIA SESEMPURNA INSAN,
JUGA DEMI MENJADI MUJAHIDAH ISLAM..



Patah-patah perkataan itu aku renung, ingin menyingkap maksud tersirat..terima kasih sahabat-sahabat yang selalu mengingatkanku dengan peringatan dari tuhan, kata-kata yang bisa menyegarkan hatiku..hari ini tidak semudah semalam untuk menjadi manusia sempurna..syaitan, hawa nafsu dan kecintaan kepada dunia menjadi kekangan utama dalam mencapai cinta dan maghfirahNya. Lantaran, jihad dan pengorbanan yang menggunung tinggi sangat-sangat dibutuhkan. Iman yazid wa yanqus, fa jaddid imanuka bil istighfar.

Apa bukti iman yang selalu diungkapkan di bibir-bibir manusia? Adakah dikira sudah beriman bagi orang yang belum diuji? Dan adakah dikira iman mantap dan teguh bagi orang-orang yang tewas dalam ujianNya? Seorang ustaz berkata, JIHAD adalah bukti iman.


Allah telah menetapkan yang terbaik buat diri. Redhalah dengan ketentuan dariNya. Yang penting, terus laju dan maju, berlari pantas ke depan demi Islam. Demi kelangsungan tarbiyah. Usah undur ke belakang, cuma sesekali berpaling seketika untuk mengambil iktibar..Semoga setiap langkah dan tindakan dipandu Ilahi..