Isnin, 11 April 2011

THE POWER OF ZIKIR FATIMAH


Hakikat seorang manusia, tidak akan lari daripada sikap lalai dalam mengingati Allah. Juga lalai dan mudah lupa berkaitan kewajipan dan tuntutan harian. Dan seringkali, kehidupan manusia penuh dengan perkara-perkara yang menyebabkan dirinya serabut, rimas, kalut, sehinggakan terlupa tentang hadaf dan tujuan asal kenapa ia diciptakan.


Abdullah bin Umar radhiallahu’anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah : “Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?” Jawab Rasulullah SAW : “Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia.”



Kemudian lelaki itu bertanya lagi : “Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?” Jawab Nabi SAW : “Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk menghadapai mati.”


Sedikit perkongsian berkenaan zikir;

Imam Ibn ‘Atho’illah As-Sakandari r.a. berkata: “Kamu zikir dengan lisan tanpa kehadiran hati bersama Allah s.w.t. itu lebih baik daripada kamu meninggalkan zikir sama sekali. Boleh jadi, dengan zikir lisan tanpa kehadiran hati tersebut, akan membawa kepada zikir dengan kehadiran hati setelah itu.”


Allah s.w.t. berfirman: “…Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”. Ingat itu tempatnya ialah dalam pemikiran dan hati. Lisan sebagai pembantu agar membentuk ingatan kepadaNya di dalam akal dan seterusnya di dalam hati.


Ia merupakan natijah daripada perpindahan ism (nama Allah s.w.t.) ke dalam hati seterusnya diterjemahkan dalam bentuk kebersamaan denganNya secara “muroqobah”. Pada tahap ini, akal memainkan peranan yang penting dalam menjaga kebersamaan dalam muroqobah tersebut. Hati pula memainkan peranan dalam menyebut namaNya secara sirr (dari sudut hati) dan lidah pula, digunakan untuk menguatkan rasa kebersamaanNya tersebut, takkala menyebut namanya.


Tatkala diri keletihan membuat kerja-kerja harian, yang tujuannya tidak lain tidak bukan hanya kerana Allah, dan mengharapkan keredhaanNya, maka ingatlah akan kisah Fatimah RA, dan cuba amalkan zikir yang diajar oleh baginda.

Fatimah ra merasa sedikit tertekan daripada kesempitan hidupnya sekeluarga. Sebagaimana umum mengetahui, kehidupan saidina Ali sekeluarga adalah sederhana sepanjang hayat. Beliau tidak dikurniakan harta yang bertimbun-timbun seperti sahabat-sahabat Nabi yang lain. Kadang-kadang saidatina Fatimah tidak mendapati apa-apa bekalan harian tambahan untuk menyediakan juadah mereka yang agak mewah.

Suatu hari, saidatina Fatimah merasakan apa salahnya sekiranya beliau pergi bertemu ayahandanya (Rasulullah SAW) bagi memohon sedikit bantuan. Tentu ayahandanya tidak keberatan untuk menolong (mendoakan kekayaan untuknya).“Apa salahnya jika Rasulullah mendoakan agar Allah memurahkan sedikit lagi rezeki mereka sekeluarga” Fikir Fatimah ra.


Apabila berjumpa Rasulullah SAW, Aisyah terus sahaja memberitahu hajat dan niat di hatinya itu. Lantas Rasulullah memberitahu (maksudnya) “Hendakkah engkau wahai anakandaku, sekiranya aku beritahumu suatu perkara yang terlebih berat, berharga dan bermakna daripada dunia ini dan segala isi kandungannya?”. Kerana kekayaan Qarun itupun tidaklah sehebat mana kalau nak dibadingkan dengan bumi dengan segala isinya “Tentu sekali” jawab Fatimah ra.


“Engkau bertasbih (ucapan Subhanallah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, bertahmid (ucapan alHamdulillah) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang, dan bertakbir (ucapan Allahu akbar) 33 kali pada waktu pagi dan 33 kali pada waktu petang” [sahih bukhari].


Rasulullah SAW mengajarkan anakandanya suatu zikir yang dapat memberikan kekayaan sejati. Iaitu yang dapat mengkayakan jiwa seseorang manusia. Bukan hanya kaya fizikal yang lebih berisiko mengkhayal dan menghanyutkan manusia dengannya.


Inilah wasiat Baginda Nabi S.A.W kepada puterinya yang suci, pemuka para wanita penghuni syurga. Maka marilah kita kaum muslimah ambil pengajaran ini untuk dimanfaatkan pada kehidupan kita dunia dan akhirat. Fatimah merasa sangat letih kerana banyak pekerjaan yang dilakukannya. Tetapi ketahuilah dengan membuat kerja iaitu menanggung segala bebanan keluarga dengan hati yang ikhlas lagi redha adalah sebaik-baik perbuatan dan akan dibalas dengan kebaikan di akhirat kelak.



Zikir dan fikir.

Muslimat seringkali dikaitkan dengan lemah, tidak kuat, mudah sensitive dan sebagainya. Walhal, tokoh-tokoh muslimat dan serikandi-serikandi islam dahulu tidak begitu. Ayuh para muslimat dan wanita-wanita sekalian, kuatkan diri masing-masing, optimumkan kemampuan diri untuk memberi sumbangan kpd agama islam tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan