Selasa, 20 Oktober 2009

POKOK TARBIAH

Hidup ni sunyi dan tidak bermakna tanpa tarbiah. Tarbiah adalah sesuatu yang subjektif, tidak dapat dimengertikan tanpa penjelasan yang jelas. Proses tarbiah umpama sebatang pokok. Pernah tak anda semua memanjat pokok? Untuk sampai ke puncak, kita mestilah melalui ‘step-step’ tertentu, tidak boleh terus melompat ke atas. Kalau kita terus melompat ke atas, maka kebarangkalian untuk dapat “bad consequences” tu tinggi. Apa yang kita akan dapat bila berada di atas, iaitu di puncak pokok? Banyak perkara yang kita dapat, kita dapat lihat ramai orang, apa yang mereka buat, dan macam-macam lagi sama ada jauh atau dekat.



Jadi, konsep ni sama dengan proses tarbiah, di mana kita kena lalui step2 tertentu. Bermula dari bawah ke atas. Itulah lumrah kehidupan. Dan apabila kita berada di atas (peringkat tarbiah yang tinggi), banyak perkara yang kita akan nampak dan faham. Mungkin semasa di bawah kita tidak perasan bahawa adanya seekor harimau yang sedang menghala kearah kita untuk dijadikan mangsa. Tetapi, apabila berada di atas pandangan kita lebih luas, kita akan lebih jelas, lebih terpandu.


Untuk sampai ke atas bukan sesuatu yang senang, mudah dan cepat macam bas ekspress. Banyak perkara yang perlu dilakukan, banyak perkara yang perlu dikorbankan, dan banyak kesakitan yang perlu dilalui.



Atau kita ni memang tidak mahu berada di atas? Sedarlah kawan-kawan ku, adakah kita mahu berada di takuk yang sama setiap masa, sehingga sampainya waktu malaikat maut menjemput kita? InsyaAllah, apabila berada di peringkat tarbiah yang lebih tinggi, maka iman kita makin bertambah, jihad dan pengorbanan kita makin tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan