islam did not spread by itself

kita adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah...

Antara dua perkara yang sangat penting
Yang mana aku pilih dulu?
Ya Allah, terlalu banyak Kau uji aku dengan pilihan
Aku amat takut dengan pilihan
Sebab aku tak pandai pilih antara dua

Yang mana lebih utama?
Yang mana lebih banyak memberi kemudaratan
berbanding kebaikan?
Yang mana pula lebih banyak memberi kebaikan
berbanding keburukan?
Tapi, apabila ditimbang
Dibanding-bandingkan antara dua
Masih ku ragu-ragu dan keliru
Terutama apabila bertembung tanggungjawab
Dengan tanggungjawab yang lain

Lantas, ku membuat keputusan berdasarkan kata hati
Yang mana memberi lebih ketenangan kepadaku
Walaupun masih ada rasa bersalah
Kerna tidak memilih yang satu lagi

Ya Allah, petunjukMu amat kuperlukan
Aku tak mahu menyusahkan ramai orang
Aku tak mahu rugi
Bukan sahaja rugi di dunia malahan di akhirat kelak

0 comments:

Catat Ulasan

Ad-DinUL Haq

Andai diumpama Islam sprt sbuah bangunan usang yg hampir roboh, maka aku akn berjalan ke seluruh dunia bg mencari jiwa2 muda. Aku x ingin mengutip dgn ramainya bilangan mereka..Tp aku ingin hati2 yg IKHLAS utk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah..
- Mursyidul Am ikhwanul muslimin
As-syahid Imam Hassan Al-Banna

senior

usim's blogger