Seusai pulangnya sahabat-sahabat rumahku dari Kuis sempena ceramah oleh Sheikh Professor Dr Mohammad Said Ramadhan al-Bouti daripada Universiti Damascus, Syria., mereka rancak berbual menyatakan kekaguman terhadap ulama’ terkemuka tersebut. Sheikh tersebut ada menceritakan tentang perihal Malik Bin Dinar, yang menyebabkan beliau tersentuh dan sebak tentang kisah tersebut.
Malik bin Dinar adalah seorang tabi’in yang terkenal kerana selalu menangis sepanjang malam sambil berdoa,”Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni syurga dan penghuni neraka, lalu aku termasuk yang mana?Ya Allah, jadikanlah aku dari penghuni syurga, dan jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka.”
Perhatikanlah ibadahnya!Inilah Malik bin Dinar. Namun menurutnya,
“Aku memulai hidupku dengan sia-sia, banyak minum dan banyak berbuat maksiat. Aku berbuat zalim pada manusia, aku makan hak orang lain, aku makan riba, aku memukul manusia dan aku melakukan kezaliman. Tiada maksiat yang tidak kulakukan. Aku sangat fajir sehingga manusia menjauhiku.”
“Tapi suatu hari, aku ingin menikah dan memiliki anak. Maka aku pun menikah dan isteriku melahirkan seorang anak yang kuberi nama Fatimah. Aku sangat mencintainya dan setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku bertambah dan amksiatku berkurang. Mungkin atimah tahu kalau aku memegang botol arak, lalu dia mendekatikku sehingga aku menjauhkan botol itu darinya, sedangka dia baru berusia 2 tahun ketika itu. Seakan Allah mengatur dia untuk berkelakuan begitu. Semakin hari aku semakin mendekati Allah sehingalah Fatimah genap berusia 3 tahun dan dia mati.”
“Lalu menjadilah aku seorang yang lebih buruk dari sebelumnya. Sebab aku masih belum memiliki kesabaran orang yang beriman sehingga syaitan berjaya memperdayakan aku. Sampai satu hariaku terasa ingin mabuk, lalu aku meminum arak sepanjang malam.”
“Lalu hari itu aku bermimpi yang menebus kesedaranku. Aku bermimpi melihat diriku di hari kiamat. Manusia berbondong-bondong, aku bersama manusia dan aku mendengar ada yang menyeru, “Fulan bin Fulan kemarilah menghadap pada Yang Maha Memaksa.”
“Aku melihat wajah si Fulan bin Fulan berubah menjadi hitam kerana ketakutan. Sehinggalah aku mendengar si penyeru itu memanggil Malik bin Dinar. Manusia di sekelilingku hilang, seakan tiada siapa di padang mahsyar itu. Lalu aku melihat ular yang besar lagi ganas berjalan sambil membuka mulutnya. Aku pun berlari sehinggalah aku menemui seorang lelakui tua yang lemah lalu aku berkata, “Tolonglah aku dari ular itu.” Tapi lelaki itu menjawab, “Aku lemah anakku, Aku tidak dapt menolongmu. Tetapi berlarilah ke arah sini, mungkin kau akan selamat.”
“Aku berlari ke arah yang ditunjukkan sehinggalah aku mendapati ular dibelakangku dan neraka dihadapanku. Lalu aku berlari kembali ke arah lelaki tua itu dan berkata, “Tolonglah aku, selamatkan aku.” Maka jawabnya lagi,”Aku lemah seperti yang kau lihat. Pergilah ke arah gunung itu, mungkin kau akan selamat.”
“Aku pun berlari ke arah gunung dan ular tersebut juga semakin hampir mengekoriku. Lalu aku melihat di puncak gunung kanak-kanak kecil berteriak, “Wahai Fatimah, temuilah ayahmu, temuilah ayahmu..”
“Aku tahu itu anakku yang meninggal sewaktu usianya 3 tahun itu. Anakku menolongku dan menyambutku dengan tangan kanannya, lalu mengusir ular tersebut dengan tangan kirinya. Sedangkan aku kelihatan seperti mayat waktu itu kerana ketakutan. Lalu aku kembali berada di bilikku sewaktu di dunia dan anakku berkata, “Belumkah datangnya waktu orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah…(al-Hadid:16)”
Aku bertanya kepada Fatimah, “Ceritakanlah padaku tentang ular itu.”
Lalu dia berkata, “Itu adalah amal burukmu yang kau besarkan dan cambahkan setiap hari, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai yahaku, bahawa amal di dunia akan berubah menjadi jasad di akhirat kelak?”
Aku bertanya lagi, “Dan lelaki tua itu?”
Anakku menjawab, “Itulah amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga dia menangis dan tak mampu melakukan sesuatu untuk membantumu. Sekiranya kau tidak melahirkan aku dan aku mati ketika kecil, tentu tidak ada yang bermanfaat bagimu.”
“Aku pun terbangun dari tidur dan berteriak,”Telah datang wahai Tuhanku…telah datang, wahai Tuhanku…”
Aku pun keluar dan bersiap untuk soalt subuh dan sewaktu melangkah masuk masjid, aku mendengar Si imam membaca,
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah…(al-Hadid:16)”
Sejak dari itu Malik pun bertaubat sehingga dikenali kerana hampir setiap hari menghabiskan masa di masjid.
Belum sampaikha waktunya untuk kita?
“Siapa yang mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekat padanya sehasta. Lalu siapa yang mendekatiKu dengan sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan siapa yang mendekatiKu dengan berjalan, maka Aku akan mendekatinya sambil berlari kecil.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Semoga Allah kurniakan nikmat taubat itu pada kita semua..
Kisah diambil daripada :
http://azzariyat.com/blog/2010/06/28/taubat-malik-bin-dinar/