Isnin, 19 Januari 2009

AQIDAH ASAS PERJUANGAN

Islam adalah addin yang berintikan iman dan amal. Iman itu merupakan aqidah dan diatasnya berdiri syariat Islam.
Aqidah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terungkai atau terurai.(pengantar Aqidah:Dr Muhammad Sulaiman Hj. Yassin; hal 207)
Asas aqidah islamiyyah adalah tauhid kepada ALLAH.Aqidah tauhid adalah aqidah yang sahih. Firman ALLAH:(ali-imran :18)
Tauhid rububiyyah
Mempercayai Allah sbg Rabb@ Pencipta dan Penguasa terhadap sesuatu. Ini juga bererti tiada saingan dalam pemerintahan-Nya, Allah adalah pemberi segalanya dan tiada sesiapa yang dapat melakukan kebaikan atau keburukan melainkan dengan izinNya.(yunus:107)
Beri’tiqad bahawa Allah ialah Tuhan Ynag Menciptakan alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya atas pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya.(muqaddimah ‘qidah muslimin;hj Abdul Hadi Awang;hal 74)
Fitrah insaniah mengenali dan meyakininya. Naluri ini perlu dibina dan dipupuk.
Tauhid uluhiyyah
I’tiqad bahawa Allah berhak disembah, dicintai, dipatuhi, ditumpui untuk meminta. Seseorang itu mentauhidkan Allah dari segi ‘ubudiyyah (peribadatan/sembahan)
Menolak segala selain Allah dan mengakui serta menghayati sepenuhnya kalimah lailaha illallah.
Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah adalah Asas Keimanan.
Kedua-duanya adalah simpulan kukuh yang dinamakan iman.
Kedua-duanya menetapkan asas-asas utama kehidupan.

· Tujuan beribadah hanya kepada ALLAH(adz-zariyat;56)
· Menolak segala kepatuhan dan ketaatan kepada selain ALLAH(an-nahl;36)
· Membina kehidupan di dunia menurut peraturan ALLAH(al-isra’;23-24)
· Menegakkan masyarakat manusia berlandaskan tauhid kepada ALLAH(al-an’am;151-153)

Amar makruf nahi munkar sbg bukti tauhid kpd Allah
Islam adalah agama samawi yang datangnya dari Allah swt. Islam mementingkan aspek kemasyarakatan dari sudut kekeluargaan, rumahtangga, masyarakat, pergaulan, dan kenegaraan. Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan individualistik (individu tetapi ia mementingkan ummah. Lantaran hidup manusia yang dikenali sebagai golongan yang mudah lupa, lemah dan serba kekurangan, didatangkan para Nabi as sebagai pencetus kebangkitan dan penegur atas segala kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Oleh kerana itulah disyaratkan bahawa hukum Amar ma’ruf nahi Mungkar adalah wajib yang tidak boleh dinafikan lagi. Berikut adalah dalil-dalil kewajipan menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar.
Dalil kewajipan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar
Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: “Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman.”
Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nun.:
“Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka.”
Nabi Yusya bertanya: “Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?”
Jawab Allah s.w.t.: “Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu.”
Abu Hurairah r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya.”
Anas r.a. berkata:
“Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.”

BEBERAPA KEPERLUAN KESEDIAAN AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
1. Keimanan yang mendalam.
Ia bermaksud menganggap Islam itu adalah petunjuk yang benar dan selain dari itu adalah kebatilan. Keyakinan terhadap kebenaran itulah yang menjadi prinsip yang tidak boleh ditawar-tawarkan lagi. Setiap penyelewengan dari prinsip itu adalah kesesatan yang lahir dari nafsu keinginan yang merupakantanda kurang sempurnanya iman.
2. Ilmu yang hak
Ilmu yang dimaksudkan adalah ilmu yang bersandarkan kepada AlQur’an dan AsSunnah yang mulia. Seseorang daie perlu mengetahui segala nas-nas yang berakitan serta hukum supaya ia dapat mengetahui kedudukan sebenar orang yang ingin ditegahnya.
3. Matlamat untuk keredhaan Allah
Tiada yang lebih tinggi dari mendapat keredhaan dan kecintaan Allah. Inilah matlamat setiap para nabi dan Rasul dan juga para sahabat di dalam menempuh amar ma’ruf nahi mungkar ini.